Jangan buat cerita seolah-olah Johor terima “direct cash transfer” RM14.6 bilion dari Persekutuan -Hafiz

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pemuda Umno Hafiz Ariffin mengingatkan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengenai peruntukan RM14.6 bilion Persekutuan kepada Johor.

Pertikaian ini timbul selepas Barisan Nasional (BN) membuat keputusan bertanding solo pada PRN Johor.

Hafiz menjelaskan, dana Persekutuan sebanyak RM14.6 bilion yang dijaja pemimpin PH merangkumi projek yang telah diumumkan, namun masih belum dilaksanakan seperti Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA 2) dan sistem Transit Laju Autonomi Bertingkat (E-ART).

Kata Hafiz, mengumumkan sesuatu projek tidak sama dengan dana telah disalur dan dibelanjakan di lapangan.

“Mengumumkan projek masa depan tak sama dengan duit yang dah betul-betul turun, sampai, dan dibelanjakan.

“Kenapa perlu main kira-kira macam ini sekarang? Nak jadikan kerjasama politik itu sebagai ukuran pembangunan ke?” katanya dalam hantaran video di Facebook, semalam.

“Kalaulah itu caranya, saya rasa Johor pun nanti bila sampai waktunya, rakyat pandai buat kira-kira juga.”

Hafiz berkata demikian, mengulas kenyataan Anthony Loke, yang menyatakan di Konvensyen PH Johor bahawa pembangunan mutakhir ini di negeri itu sebahagian besarnya dipacu inisiatif Persekutuan dan bukannya oleh kerajaan negeri semata-mata.

Hafiz turut menekankan Johor antara penyumbang utama hasil negara, sambil memetik data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menunjukkan negeri itu menyumbang hampir RM20 bilion daripada RM203.9 billion kutipan cukai langsung negara, pada 2025.

“Angka RM14.6 bilion itu pula digambarkan seakan-akan “direct cash transfer” terus kepada Johor,” bidas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat