Pendakwaan mohon mahkamah keluarkan amaran tegas kepada Najib serang Zeti di media sosial

Pemimpin Politik Kaya Tiada Integriti?

Saya tertarik dengan lontaran penganalisis politik Dr Muhammad Asri Mohd Ali bahawa UMNO hilang integriti kerana kebanyakan pemimpin UMNO dan exco Pemuda UMNO adalah...

Hadi Awang adalah syaitan yang sebenar kata Siti Kasim

Kuala Lumpur - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai sedang berkhayal dan disarankan untuk segera berjumpa dengan pakat sakit jiwa. Peguam, Siti...

Bapa M Nasir meninggal dunia

Kuala Lumpur: Bapa kepada seniman Datuk M Nasir iaitu Mohamed Sam, 96, menghembuskan nafas terakhir di Singapura sekitar jam 7.30 pagi, hari ini, disebabkan...

Usah asyik mengeluh

Dr Rahimah Saimin Firman Allah SWT mahfumnya: "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah ar-Rahman, ayat 13). Ayat ini jelas menuntut semua hamba-Nya...

Shuk Sahar mengaku silap, lepas rindu jumpa anak-anak

Kuala Lumpur: Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar semalam, bertemu dengan dua anak perempuannya iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi,...

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak telah memohon mahkamah mengeluarkan amaran tegas terhadap bekas perdana menteri itu kerana menyerang bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan saksi, di Facebooknya.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram membangkitkan perkara itu di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah berikutan komen dalam talian yang dimuat naik Najib pada 29 Dis lepas, mengenai Zeti, yang didakwa menerima wang 1MDB.

Najib dalam hantaran di Facebooknya telah menggesa Zeti, yang disenaraikan sebagai seorang daripada saksi pendakwaan, untuk membalas catatan blog yang mendakwa keluarganya telah menerima sejumlah wang daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang termasuk dana 1MDB.

“Saya tidak mahu mengemukakan permohonan untuk menarik balik ikat jaminnya atau memulakan prosiding menghina, tetapi saya amat bersyukur sekiranya mahkamah mengeluarkan amaran tegas terhadap tertuduh agar tidak melakukannya lagi.

“Perbicaraan harus berlangsung di mahkamah undang-undang, bukan domain awam dan tentunya bukan di media sosial. Kami mahu jaminan bahawa saksi kami tidak akan diserang,” kata Sri Ram.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam jawapan balasnya berkata Najib dihalang daripada berkongsi pendapatnya mengenai isu itu, ia adalah umpama “peninju yang dihantar ke gelanggang dengan kedua-dua tangan terikat, boleh menerima pukulan tetapi tidak dapat membalasnya kembali”.

Muhammad Shafee menegaskan beliau sebelum ini telah memohon perintah larangan bagi Ahli Parlimen Pekan itu untuk menghentikan media dan pihak awam membincangkan merit kes SRC International Sdn Bhd, tetapi permohonan itu telah ditolak.

“Semua orang boleh mengatakan segala-galanya mengenai anak guam saya. Mereka menggelar beliau penyangak, perompak dan tiada siapa yang mengambil tindakan. Peguam Negara terdahulu atau Peguam Negara sekarang, mereka tidak melakukan apa-apa,” katanya.

Muhammad Shafee kemudian bertanya kepada hakim jika perkara itu boleh ditangguhkan kerana beliau mahu membentangkan lebih lanjut pada Khamis ini, yang dipersetujui oleh hakim.

Terdahulu, peguam itu memohon mahkamah agar Najib diberi kelapangan daripada menghadiri perbicaraan esok kerana beliau mahu menjalankan tanggungjawabnya untuk melawat kawasan Pekan, yang terjejas teruk dilanda banjir.

“Saya telah bertanya kepada beliau sama ada beliau pergi ke sana minggu lepas dan beliau berkata tidak kerana belum berlaku banjir pada masa itu, tetapi situasi sejak dua hari lepas, seperti yang dipaparkan media, jauh lebih buruk dan beliau ingin berada di sana untuk bertemu dengan pengundinya. Jika tidak, akan ada kata-kata dan persoalan mengenai ketidakhadirannya, kata Muhammad Shafee.

Hakim Sequerah tidak membenarkan permohonan itu dan meminta perbicaraan diteruskan seperti yang dirancang esok.

Najib, 67, didakwa terhadap empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Berita Berkaitan

Hadi Awang adalah syaitan yang sebenar kata Siti Kasim

Kuala Lumpur - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai sedang berkhayal dan disarankan untuk segera berjumpa dengan pakat sakit jiwa. Peguam, Siti...

Polis Beragama Hindu terbabit bantu pergerakan berhala Thaipusam

KUALA LUMPUR: Anggota polis berbangsa India telah membantu untuk mempercepatkan pergerakan berhala selepas diminta penganjur pergerakan pedati sempena sambutan Thaipusam. Penganjur pergerakan dan Ahli Jawatankuasa...

EPL: MU Tewas Dengan Pasukan Tercorot Liga

MANCHESTER, United Kingdom: Pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris, Sheffield United merencatkan misi memburu kejuaraan Manchester United dengan menewaskan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu...