Pas dan Umno boleh sepakat bahagi kerusi di Johor dan Kelantan atas nama MN 2.0 – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Annuar Musa menyambut baik saranan Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan supaya gagasan Muafakat Nasional 2.0 dijayakan bertapak di Johor.

Menurut Annuar, sekiranya Umno menolak tawaran Timbalan Presiden Pas itu dan memilih untuk terus berkerjasama dengan DAP dan PKR saperti sekarang,maka Pas perlu mengambil tanggungjawab membentuk muafakat besar tanpa Umno menuju PRU16.

“Timbalan Presiden Pas menganjurkan inisiatif MN 2.0. Satu syor strategik yang menarik. Umno pula menganjurkan Rumah Bangsa. Kedua-duanya ada persamaan.Ia memerlukan muafakat dan penyatuan,terutama antara Umno dan Pas atau PN dan BN.

“Pada saya, nama tidak penting. Jika ada persetujuan Umno dan Pas, gunalah nama Rumah Bangsa atau Musyawarah Nasional atu MN yang pernah diutarakan oleh Umno.

“PRN Johor boleh jadi permulaan MN atau Musyawarah Nasional,” katanya dalam hantaran di Facebook.

AJK Pas Pusat itu menjelaskan, Johor kubu Umno, atas nama MN, Umno ambil 80-90 peratus kerusi majoriti Melayu dan Pas ambil 10-20 peratus untuk bertanding.

Manakala, Kelantan pula sebagai kubu Pas perlu beri 10-20 peratus kepada Umno dan Pas ambil 80-90 peratus.

“Jika perlu boleh pertimbangkan PRN serentak Kelantan dan Johor. (Apa pun ini lontaran peribadi,tidak mewakili suara Pas atau Umno).

“Bagi saya,yang penting orang Melayu dan Islam serta parti mereka perlu muafakat dan tidak berpecah.

“Pemimpin mesti berani meneroka muafakat atas dasar persamaan matlamat dan ketepikan perbezaan dan masa lampau.

“Sekiranya Umno menolak tawaran Timbalan Presiden Pas itu dan memilih utk terus berkerjasama dengan DAP dan PKR saperti sekarang,maka Pas perlu mengambil tanggungjawab membentuk muafakat besar tanpa umno,menuju PRU16.

“Barangkali di sini boleh di bentuk Muafakat Nasional 2.0.

“Kita sama sama doakan penyatuan Melayu dan Islam benar benar terbina,dengan izin Allah SWT,” ujar Annuar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat