BPN: Aliran Trafik Tinggi Bukti Sokongan Rakyat Kuat

- Advertisement -

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini (1 April 2020) melaporkan aliran trafik yang tinggi di laman web kendaliannya untuk mereka yang ingin menyemak dan memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Pendaftaran dan semakan kelayakan BPN – antara insentif kerajaan baru Malaysia untuk rakyat dalam Pakej Rangsangan Prihatin yang dimumkan Perdana Menteri minggu lepas bagi menghadapi impak ekonomi akibat wabak COVID-19, bermula hari ini.

Walaupun ada rungutan tapi dari satu segi, aliran trafik yang tinggi ini menunjukkan bahawa rakyat menyokong usaha kerajaan baru, untuk membantu rakyat dalam waktu yang sukar ini.

Mengambil kira jumlah penerima BSH (nama lama BR1M) dan rekod sebagai pembayar cukai bagi mereka yang bergaji atas RM 4,001 sedia ada, kesesakan di laman web ini tidak sepatutnya berlaku, tapi bila ia berlaku juga, membawa maksud sambutan dan minat itu memang hangatlah.

Betul lah duit percuma, siapa yang tidak mahu, tapi yang nak dikatakan disini ialah sambutan dan penerimaan rakyat itu, berlawanan sungguh dengan pandangan penyokong pembangkang sejak pengumuman pakej rangsangan dibuat kononnya pakej ini hanya menguntungkan sebahagian, tak cukup, tak menyeluruh, “Makcik Kiah” kena tipu dan sebagainya.

Sebelum ini pun ada program tunai dengan jumlah lebih sedikit oleh kerajaan lama, tak ramai yang dapat merasakannya, terutama masyarakat luar bandar. Itupun khabarnya kalau tak dibelanjakan habis, akan dipotong dan dipulangkan semula pada tarikh akhir– berdasarkan beberapa dakwaan yang dibuat di media sosial.

Maka tak hairan selepas hampir satu bulan dilancarkan, hanya RM 180 juta dari keseluruhan peruntukkan yang disediakan kerajaan lama, dibelanjakan – tak sampai setengah pun. Walhal kalau nak dibandingkan, lebih mudah lagi permohonan yang itu berbanding BPN. Itupun kalau angka itu benar seperti di dakwa mereka.

Rakyat juga nampaknya tidak ambil peduli dengan dakwaan pemimpin pembangkang kononnya pakej ini tidak sah kerana tidak mendapat kelulusan parlimen. Mereka tetap beramai-ramai memohon atau memeriksa status kelayakan masing-masing sehingga menyebabkan kesesakan di laman web yang berkenaan hari ini.

Kerajaan baru nak menolong, pembangkang pula nak mempolitikkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat