Ramai Yang Mati, Mayat Mangsa Covid-19 AS Diletak Dalam Trak Sejuk Beku

- Advertisement -

Wabak Covid-19 kini membelenggu seluruh dunia apabila kes positif virus itu terus mencatatkan peningkatan setiap hari.

Malah kehadiran virus ini menyebabkan kekacauan dalam hidup semua orang apabila kebanyakan kerajaan mula mengenakan perintah berkurung.

Ini kerana penyakit ini merupakan penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kematian.

Dan bagi negara yang berdepan krisis kronik berdepan dengan masalah daripada segi pengendalian pesakit yang telah dijangkiti sehinggalah kepada hal pengurusan mayat.

Amerika Syarikat (AS) sebagai contoh ketika ini mencatat kes Covid-19 tertinggi di dunia mengatasi China dan Itali.

Kini lebih 66,000 kes direkodkan dan lebih 1,200 kematian turut dilaporkan.

Malah lebih membimbangkan apabila dilaporkan negara itu sedang mengalami krisis pengendalian mayat yang dijangkiti virus tersebut.

Sama seperti masalah yang dihadapi oleh negara lain, mereka juga dikatakan menghadapi kekurangan kakitangan perubatan dan keperluan kelengkapan perubatan yang lain.

Selain daripada itu, AS turut dikatakan sedang menghadapi satu lagi masalah besar iaitu masalah “kekurangan ruang di bilik mayat”.

Malah jalan singkat yang perlu mereka lakukan bagi menempatkan mayat-mayat pesakit Covid-19, mereka terpaksa “membuat bilik mayat sendiri” iaitu dengan menggunakan trak sejuk beku untuk meletakkan mayat-mayat tersebut.

Melalui salah satu posting video di Twitter, menunjukkan situasi menyedihkan dimana mayat Covid-19 yang sedang diangkut ke dalam “bilik mayat sementara itu”.

Malah bagi menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai, difahamkan bahawa hospital sementara turut didirikan di Central Park.

Ia berikutan hanya dalam masa 7 jam, 100 orang pesakit telah disahkan maut di bandar itu.

Dipercayai inisiatif ini diambil kerana berlakunya jumlah kematian terlalu banyak sehingga melebihi kapasiti yang tersedia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat