RTM Genap 74 Usia, Zahid Ucap Selamat Ulang Tahun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR. 1 April – Sempena ulang tahun ke-74 tahun RTM hari ini, Presiden UMNO, Datuk, Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan Selamat Ulang Tahun kepada agensi media milik kerajaan tersebut.

Dalam kenyataan di akaun media sosialnya, Zahid berkata, “Selamat Menyambut Ulang Tahun RTM – Radio Televisyen Malaysia yang ke 74. Terima kasih kepada warga RTM atas segala sumbangan anda kepada negara”.

RTM ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen, ia ditubuhkan pada 1 April 1946 di mana siaran radio telah diperkenalkan, manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Disember 1963.

Beribu pejabat di Angkasapuri, kini, RTM mengendalikan 8 saluran radio nasional, 24 saluran radio negeri dan saluran radio daerah serta beberapa saluran televisyen.

Ketika negara berhadapan dengan penularan wabak COVID-19, RTM antara media utama yang menjadi rujukan rakyat untuk mendapat perkembangan rasmi dan terkini mengenai wabak tersebut dari kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat