Khalid Samad Dakwa Mufti Perlis Bakar Api Perkauman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad membidas Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainal Abidin yang disifatkan cuba bermain sentimen perkauman.

Khalid melalui ciapan di laman Twitter sebentar tadi mempertikaikan kenyataan Asri berhubung insiden seorang wanita mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Apabila Mufti bakar api perkauman. Ada yang merompak duit rakyat tapi diterima sebagai rakyat kerana dia Melayu.

“Ada yang maki Polis, katakan babi tapi diterima kerana Melayu. Bila ada Cina menjerit marah pada Polis, dia bersuara. Mufti apa ni? Patut membaiki ni merosak,” memetik kenyataan Khalid.

Khalid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Asri yang lantang mengecam tindakan seorang wanita yang memaki-hamun anggota polis ketika melakukan sekatan jalan raya ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam.

Dalam satu hantaran di laman Instagram, Mohd Asri mempersoalkan kedudukan wanita itu sebagai rakyat Malaysia apabila mengingkari arahan pihak berkuasa.

“Wajarkah Malaysia menyimpan rakyat yang sebegini?” tulisnya sambil memuat naik papar layar artikel berkaitan seorang wanita dipercayai bukan Melayu yang ditahan kerana ingkar arahan PKP.

Media pada 31 Mac melaporkan, seorang wanita ditahan kerana ingkar arahan ketika sekatan jalanan raya Ops Covid-19 di Persiaran Surian, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata wanita berusia 30-an itu ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pihak berkuasa yang sedang bertugas.

Jelasnya wanita terbabit mungkin rasa tertekan apabila kenderaan Proton X70 yang dinaikinya terpaksa bersesak berikutan sekatan jalan raya pada jam 9.30 pagi.

“Apabila dia sampai ke lokasi, dia menjerit ke arah petugas you all are idiots,” kata Nik Ezanee. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat