108 Pesakit Covid-19 Sembuh, Dibenar Keluar Dari Pusat Kuarantin Hari Ini – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Seramai 108 pesakit Covid-19 dibenarkan keluar dari pusat kuarantin hari ini.

Ia menyaksikan jumlah paling tinggi yang sembuh dan keluar wad dalam sehari sejak berlakunya penularan wabak itu di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini merupakan tanda bahawa kadar pemulihan wabak berkenaan di Malaysia semakin meningkat.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang telah dilepaskan adalah 645, iaitu 22.2 peratus daripada jumlah kes,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Noor Hisham lagi, jumlah ini juga menyaksikan jumlah pesakit yang sembuh meningkat setiap hari sepanjang minggu ini dan kes baharu harian yang semakin mendatar.

Sementara itu beliau memberitahu, seramai 2,359 sukarelawan menawarkan diri untuk berkhidmat di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta di pusat kuarantin.

Katanya, KKM sememangnya mengalu-alukan perkhidmatan mereka seperti pakar bius ataupun jururawat yang boleh berkhidmat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sebagainya.

Ini kerana kata beliau, terdapat peningkatan kes terhadap pesakit wabak berkenaan yang ditempatkan di ICU.

“Sukarelawan kita dah tempatkan mereka, contohnya bila mereka berdaftar dengan kita (KKM), lepas itu kita akan tengok kepakaran sukarelawan tersebut.

“Dengan kepakaran sukarelawan tersebut kita akan tempatkan mereka contohnya di klinik ataupun hospital yang terdekat dengan sukarelawan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat