Malaysia Tidak Iktiraf Rohingya Sebagai Pelarian – Menteri Dalam Negeri

- Advertisement -

Malaysia tidak mengiktiraf status pelarian oleh etnik Rohingya yang dihalau oleh Junta Tentera Myanmar pada 2017.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, “Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967”. Oleh itu negara tidak mempunyai mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian negara ini.

Sebaliknya Malaysia hanya mengkalisfikasikan pelarian Rohingya sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)yang memegang kad UNHCR.

Keputusan membenarkan pemegang kad UNHCR untuk tinggal sementara di negara ini sebelum ditempatkan di negara ketiga Oleh UNCHR menerusi kaedah “satu kes ke satu kes” adalah atas dasar kemanusiaan.

Menurut kenyataan media Kementerian Dalam Negeri, “sehingga Mac 2020. terdapat seramai 179.521 pemegang kad UNHCR Yang tinggal secara sementara di Malaysia, Daripada jumlah tersebut. 56.6% atau 101584 orang adalah daripada Rohingya.”

KDN turut memaklumkan bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) tidak pernah mendaftarkan pertubuhan atas nama Rohingya atau mana-mana etnik Rohingya di Malaysia.

Mana-mana pertubuhan Yang mewakili etnik Rohingya di Malaysia adalah tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 3351 dan boleh diambil tindakan mengikut lunas undang-undang

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat