Hamzah Sudah Dipecat, BERSATU Perlu ‘Move On’ – Zulkifli Bujang

JOHOR BAHRU – Bekas Ketua Bersatu Bahagian Johor Bahru, Datuk Zulkifli Bujang menggesa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya berhenti “meratib” mengenai Datuk Seri Hamzah Zainudin dan memberi tumpuan kepada masa depan parti.

Zulkifli yang juga bekas Setiausaha Akhbar kepada Hamzah berkata, naratif menggambarkan bekas Setiausaha Agung Bersatu itu sebagai terlalu “gila kuasa” adalah tidak adil kerana beliau mempunyai ruang terbuka untuk mencabar Presiden Bersatu dalam pemilihan parti sekiranya benar mahu merebut kuasa.

“Kalau betul Dato’ Seri Hamzah terlalu gila kuasa seperti yang didakwa, beliau boleh sahaja lawan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti dahulu. Laluan terbuka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang pernah bertanding sebagai calon Perikatan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 berkata, Hamzah bukan pemimpin yang gemar bermain politik murahan atau mencari pengaruh peribadi di hadapan pemimpin tertinggi.

Menurut Zulkifli, sejak era Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad hingga Tan Sri Muhyiddin Yassin, corak politik Hamzah kekal sama iaitu bekerja, menyusun strategi dan bergerak dalam pasukan.

Katanya, sokongan sebahagian Ketua Bahagian terhadap Hamzah bukan kerana “dikerah” atau “dipengaruhi”, sebaliknya kerana mereka melihat beliau mempunyai visi jelas, gerak kerja tersusun dan keberanian bercakap mengenai realiti politik orang Melayu hari ini.

“Kami Ketua-Ketua Bahagian sokong beliau sebab beliau ada visi yang jelas, gerak kerja tersusun dan keberanian untuk bercakap tentang realiti politik orang Melayu hari ini.

“Nak kata kononnya semua KB mudah dipengaruhi sampai percaya bulat-bulat cerita dari White House pasal Dubai, Bangkok, Istana dan macam-macam lagi… itu sebenarnya menghina intelektual Ketua-Ketua Bahagian sendiri.

“Kami bukan budak sekolah,” katanya.

Zulkifli berkata, dalam mana-mana parti politik, ketakutan untuk berbincang mengenai peralihan kepimpinan, strategi baharu dan hala tuju masa depan akhirnya akan menyebabkan parti menjadi defensif.

Katanya, apabila semua perbezaan pandangan dilihat sebagai ancaman, keadaan itu hanya akan mempercepatkan perpecahan dalaman.

“Itu punca sebenar perpecahan,” katanya.

Menurut beliau, jika Hamzah benar-benar dahagakan jawatan, lebih mudah untuk beliau melawan secara terbuka dalam pemilihan parti, namun perkara itu tidak berlaku.

Sehubungan itu, Zulkifli menyifatkan dakwaan wujud “grand conspiracy” untuk merampas jawatan sebagai sekadar penyedap cerita politik di media sosial.

“Cukuplah meratib. Beliau sudah dipecat pun.

“Kalau selepas pemecatan pun nama Hamzah masih disebut siang malam, itu menunjukkan siapa sebenarnya masih belum move on,” katanya.

Zulkifli berkata, rakyat hari ini bukan mahu melihat pemimpin parti terus bergasak sesama sendiri, sebaliknya mahu melihat siapa yang mempunyai pelan, keberanian dan kesungguhan menyatukan kekuatan Melayu-Islam tanpa ego politik berlebihan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat