Ismail Sabri Nafi Perbelanjaan RM620 Bilion Tidak Direkodkan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan bahawa ada perbelanjaan berjumlah RM620 bilion yang tidak direkodkan Perbendaharaan ketika penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan darurat bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Ismail Sabri memberitahu, semua perbelanjaan yang berkaitan telah direkodkan dalam penyata kewangan kerajaan.

“Berhubung komen bahawa pakej rangsangan tidak direkodkan dalam akaun kerajaan dari 2020 – 2022, saya ingin menegaskan bahawa dakwaan ini tidak benar dan kesemua perbelanjaan kerajaan yang berkaitan telah direkodkan dalam penyata kewangan kerajaan.

“Nilai keseluruhan lapan pakej rangsangan adalah RM530 bilion, di mana sebahagian besar tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan (seperti moratorium pinjaman oleh bank),” katanya dalam hantaran Facebooknya semalam.

Selain itu, katanya, perbelanjaan langsung yang dibuat kerajaan hanya berjumlah RM110 bilion dan ia diluluskan secara sebulat suara di Parlimen.

Ismail Sabri berkata demikian bagi menjawab dakwaan yang dibuat seorang individu berkenaan perbelanjaan yang tidak direkodkan dan ia menjadi sebab kenapa Ahli Parlimen Bera itu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ingin pihak lain menjadi perdana menteri.

Sementara itu, individu tersebut yang bernama Yusoff Bachek hari ini telah membuat permohonan maaf kepada Ismail Sabri dan Muhyiddin atas dakwaan berkenaan.

Ia selepas seorang pengguna Twitter bertanya jika dia sanggup berdepan saman berhubung dakwaan itu.]

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat