Nama Calon PH Tioman Masih Kekal Dalam Kertas Undi – SPR Pahang

- Advertisement -

TIOMAN – Nama calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Tioman, Mohd Fadzli Mohd Ramly masih tersenarai dalam kertas undi dan tiada sebarang perubahan.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Pahang, Datuk Zamree Hamli berkata, pencalonan tidak boleh diubah selepas tempoh penamaan calon ditutup.

“Pencalonan Mohd Fazli tidak terbatal, pencalonan tidak boleh diubah.

“Nama Mohd Fazli memang ada dalam kertas undi, tiada perubahan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Tegas Zamree, SPR cuma memyediakan gelanggang untuk orang bertanding namun perubahan atas dasar beri laluan itu atas dasar politik mereka.

“Pencalonan tak boleh ubah, nama calon tetap macam hari penamaan calon.

“Itu (beri laluan) atas dasar politik mereka dan kalau ditakdirkan Mohd Fadzli menang, itu rezeki beliau,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, Mohd Fadzli jugan tidak ada halangan untuk terus berkempen dan rakyat masih boleh memberi undi kepadanya.

Hari ini, Parti Amanah Negara (Amanah) mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil DUN N.42 Tioman sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan Persekutuan.

Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli menjelaskan, tindakan berjiwa besar itu adalah bertujuan memenangkan calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan berkenaan.

Dalam pilihan raya itu, Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) sepatutnya berhadapan dalam saingan lima penjuru melibatkan calon BN Datuk Seri Mohd Johari Hussain, Nor Idayu Hashim (PN), Osman A Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas). 

Dalam catatan di Facebooknya, Mohd Fadzli meluahkan bahawa beliau sedih namun tidak akan berhenti bersuara untu rakyat di Rompin.

“Hari paling sedih. Tapi takkan berganjak untuk bersuara bagi orang Rompin,” luahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat