Hanya kluster mahkamah Umno nak buat PRU-15 musim banjir – Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hanya kluster mahkamah dalam Umno yang mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan semasa musim tengkujuh dan banjir,” kata Lim Kit Siang.

Veteran DAP itu berkata, walaupun perkara ini mungkin akan menyebabkan lebih banyak kerosakan berbanding dengan bencana banjir pada tahun lepas yang telah menyaksikan kerosakan harta benda bernilai RM6.5 billion dengan 54 orang terkorban.

Pun begitu kata Kit Siang, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah mendakwa yang banjir adalah “naratif dan mitos” yang dicipta oleh pembangkang untuk mengelakkan PRU-15 diadakan secepat mungkin kerana gabungan politik tersebut telah kehilangan sokongan orang Melayu.

“Kluster mahkamah dalam Umno, yang diketuai Zahid, adalah satu-satunya pihak yang terdesak mahu pilihan raya umum ke-15 diadakan sesegera mungkin dalam musim tengkujuh dan banjir walaupun sekiranya perkara ini akan menyebabkan lebih banyak kerosakan berbanding dengan bencana banjir pada tahun lepas.

“Kerana inilah Menteri Bersatu di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapha Mohamed keberatan mengenai cadangan untuk mengadakan PRU-15 dalam musim tengkujuh dan banjir atas dua sebab, iaitu fokus semasa sepatutnya ditumpukan untuk mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh musim tengkujuh dan terhadap pemulihan ekonomi dan bukannya politik.

“RM2 billion bakal diperlukan sekiranya pilihan raya Parlimen dan negeri diadakan berasingan,” katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menambah Menteri Alam Sekitar dan Air dari PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga telah mengatakan bahawa tidak sesuai untuk pilihan raya umum ke-15 diadakan semasa musim hujan lebat dan banjir yang dijangka tiba pada pertengahan bulan November.

“Mengapakah Zahid tidak menyalahkan Menteri-menteri Bersatu, PAS, dan Umno yang tidak tergolong dalam kluster mahkamah yang juga tidak mahu PRU-15 diadakan semasa musim tengkujuh dan banjir atas alasan yang sangat kuat ini?

“Satu-satunya sebab untuk mengadakan PRU-15 tanpa mengambil kira kesan akibat musim tengkujuh dan banjir adalah kepercayaan dalam kalangan pihak kluster mahkamah yang inilah jalan untuk pemimpin mereka bebas dari dipenjarakan atas tuduhan rasuah.

“Perkara ini memang jelas merupakan kepentingan peribadi mereka dan bukanlah satu perkara yang mengutamakan kepentingan negara.

“Saya telah katakan yang sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bertindak dengan tidak bertanggungjawab dengan meminta pembubaran Parlimen dengan Yang di Pertuan Agong selepas pembentangan Belanjawan 2023,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat