Muhyiddin sepatutnya bersyukur ada juga cadangan diterima, tapi lebih elok MPN dibubar -Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Adat memberi cadangan, jika diterima kita bersyukur dan jika tidak, mungkin ada cadangan yang lebih baik.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu berkeluh kesah seakan kerajaan telah menidakkan peranan MPN atau MPN telah gagal.

“Dengan Kerajaan yang telah melaksanakan 16 daripada 69 cadangan majlis itu sendiri menunjukkan bahawa kerajaan masih mengambil serius pandangan majlis meskipun kewujudannya tidak jelas, tidak perlu dan bertindih,” katanya.

Zahid berkata Muhyiddin sekali lagi mengadu mengenai keberkesanan MPN yang dipimpinnya.

“Kali ini beliau menyalahkan Kerajaan Persekutuan, Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana hanya menjalankan 16 daripada 69 cadangan daripada MPN.

” Seperti yang saya katakan sebelum ini, MPN perlu dibubar kerana fungsinya tidak jelas, tidak perlu, malah bertindih dengan fungsi badan pemikir dan agensi-agensi kerajaan lain yang bertindak sebagai penasihat serta pelaksana.

“Menteri Kabinet pula sentiasa menyelaras fungsi-fungsi agensi dan membawa sebarang dasar yang dicadangkan di peringkat kementerian untuk dipertimbangkan oleh Kabinet sebelum dilaksanakan. Itu sahaja sudah mencukupi untuk kerajaan berfungsi dan berjalan dengan baik,” katanya.

Bahkan kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu lagi, selain fungsi MPN yang bercelaru, pengerusi MPN yang bukan seorang Perdana Menteri dilihat melemahkan majlis itu sendiri.

Menurut Zahid, meskipun MPN dianggotai oleh pakar-pakar dan subject matter experts, namun keberadaan Pengerusi MPN yang bukan Ketua Eksekutif menjadikan sebab pelaksanaan cadangan majlis itu kurang political will dan mungkin juga dilihat tidak perlu.

“Pengerusi MPN pula menggunakan majlis itu sebagai platform untuk mengabsahkan propaganda politiknya. Sering sahaja di kempen politik PRN Melaka dan PRN Johor, Pengerusi MPN menggunakan cadangan-cadangan majlis sebagai peluru politik dalam kempen-kempennya dengan menggambarkan seakan kerajaan akan gagal jika cadangan-cadangan majlis tidak dilaksanakan. Sedangkan rakyat Malaysia tahu, MPN hanya menasihat dan memberikan cadangan kepada kerajaan.

“Adat memberi cadangan, jika diterima kita bersyukur dan jika tidak, mungkin ada cadangan yang lebih baik. Maka, Muhyiddin tidak perlu berkeluh kesah seakan kerajaan telah menidakkan peranan MPN atau MPN telah gagal.

“Dengan kerajaan yang telah melaksanakan 16 daripada 69 cadangan majlis itu sendiri menunjukkan bahawa Kerajaan masih mengambil serius pandangan majlis meskipun kewujudannya tidak jelas, tidak perlu dan bertindih,” tegasnya.

Zahid berkata, Malaysia memerlukan kestabilan politik sebagai ramuan utama sebelum pelbagai bentuk polisi yang bermakna dapat dibentuk.

“InsyaAllah dengan kemenangan majoriti BN/Umno kelak, MPN atau majlis seakan MPN tidak lagi diperlukan dan sinergi tersusun antara kerajaan, sektor swasta dan ahli-ahli akademik serta NGO akan terus dirintis bagi membangunkan Malaysia tercinta,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat