DAP yang perlu takut dengan Presiden Umno kata Zahid Hamidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu takut kepada Presiden UMNO berhubung Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerana musyawarah sentiasa terjalin.

Tetapi DAP yang perlu takut kepada Presiden UMNO,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Sememangnya DAP takut kepada Presiden UMNO, tetapi Perdana Menteri pula mereka tuduh takut.

“Inilah watak penakut yang licik, penghasut lagi mengadu domba.

Sedangkan hal yang sepatutnya diperkatakan adalah `Perdana Menteri tidak perlu takut dengan desakan DAP jangan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekarang’,” bidas Zahid.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang meminta Perdana Menteri  tidak takut dengan  desakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid supaya mengadakan PRU-15 pada tahun ini.

Menurut Anthony, Ismail Sabri tidak perlu takut kerana beliau  adalah Perdana Menteri sebuah negara, justeru kuasa prerogatifnya lebih besar daripada Zahid.

Sebaliknya, Zahid meminta Perdana Menteri tidak perlu takut ugutan DAP kerana beliau Perdana Menteri Malaysia, bukan Perdana Menteri menjaga kepentingan DAP yang gusar untuk berdepan mandat rakyat.

Jelas beliau, rakyat malah yakin Perdana Menteri akan bertindak sebagai seorang Perdana Menteri kepada negara dan bukannya pengikut telunjuk pemimpin DAP/Pakatan Harapan (PH).

“Jangan bimbang dengan ancaman DAP berhubung MoU yang penuh kepura-puraan kerana PH tidak akan pernah bersama Perdana Menteri kecuali demi muslihat tertentu.

“Mou untuk kepentingan politik PH yang sebenarnya telah berakhir Julai lalu itu tidak akan melindungi Perdana Menteri daripada kerakusan dan kezaliman politik musuh BN.

“Saksikan PH secara terbuka sedang menyerang Perdana Menteri dalam isu ekonomi selepas menolak tawaran kerjasama bagi berkongsi idea dengan pasukan khusus menangani inflasi.

“Seperti saya pernah nyatakan beberapa hari lalu, persoalan sebetulnya apakah benar lawan tidak mahu PRU-15 diadakan kerana bimbangkan banjir?

“Jujurkah mereka dengan alasan tersebut atau ia sekadar satu lagi muslihat untuk mengelak daripada perlu berdepan dengan penentuan rakyat,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu lagi.

Tambah beliau, saksikan sejak kerajaan gagal 22 bulan tumbang pada Februari 2020, pesaing BN teramat takut mandat akan diserahkan semula kepada rakyat.

“Sudah lebih dua tahun mereka berikhtiar untuk menyekat rakyat dibenarkan menunaikan hak demokrasi mereka bagi memilih sebuah kerajaan baharu.

“Kemungkinan banjir besar tiada siapa dapat meramalkan dengan tepat, malah Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini juga menafikan pasti banjir besar pada hujung November 2022.

“Sekali lagi saya menegaskan kemungkinan banjir besar hujung tahun lebih menuntut PRU-15 diadakan sekarang agar kebajikan rakyat diuruskan oleh sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh,” ujar Zahid.

Selain itu katanya,kita tidak mahu insiden percanggahan dalam urusan membantu mangsa banjir berulang akibat daripada sebahagian pimpinan kerajaan parti lawan terlalu merancang agenda politik.

“Kita juga tidak mahu kemelut ‘tutup pintu depan, buka pintu belakang’ terus berlaku dalam pentadbiran kerajaan kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat dan negara.

“Kerajaan yang kukuh dan stabil perlu juga dibentuk sekarang bagi membentengi negara daripada risiko kemelesetan ekonomi global yang diramalkan pada tahun depan,” tegas Zahid.

Lagi pun kita tidak mahu Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengambil kesempatan mensabotaj imej kerajaan menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

“Sebab itu kita perlu adakan PRU-15 sebelum kemungkinan terjadi banjir walaupun kita amat yakin terhadap kemampuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjayakan demokrasi dalam apa jua situasi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat