PKPP: Premis “Degil” Beroperasi Langkaui Tengah Malam, Konon Permintaan Pelanggan

UALA LUMPUR- Tanpa mempedulikan risiko dijangkiti virus COVID-19 yang boleh membawa maut, kumpulan anak muda memenuhi sebuah premis hiburan yang “berlindung” di sebalik lesen menjual makanan dan minuman, melewati waktu operasi yang dibenarkan iaitu tengah malam.

Mereka leka berborak, mungkin rasa “selamat” daripada tindakan pihak berkuasa memandangkan satu-satunya bukti kehadiran mereka di situ hanyalah bilangan kereta yang banyak di tempat letak kenderaan, sekalipun operasi semua premis perniagaan yang terletak berhampiran perumahan elit di pinggir ibu kota ini sudah ditutup.

Jelas, pelanggan dan juga pengusaha premis terbabit melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), antaranya dari segi tempoh operasi perniagaan dan juga jarakan sosial.

Menurut seorang pengusaha gerai makanan yang sedang bersiap-siap untuk pulang, keadaan itu berlaku setiap malam, namun sukar dikesan pihak berkuasa kerana premis terletak di tingkat atas bangunan rumah kedai terbabit selain tiada bunyi boleh didengar dari luar premis.

Tinjauan Bernama di sekitar pinggir kota dan di tengah ibu kota mendapati rata-rata pub dan bistro memanfaatkan kebenaran beroperasi menjual makanan dan minuman sehingga tengah malam sepanjang PKPP tanpa persembahan muzik atau hiburan lain.

Namun, di celah-celah kelompok ini ada segelintir yang menyediakan karaoke serta beroperasi sehingga 1.30 pagi atas alasan memenuhi kehendak pelanggan.

“Ramai pelanggan yang datang untuk berhibur terutamanya selepas waktu kerja. Lebih-lebih lagi mereka yang bertemu dengan klien dan berbincang mengenai urusan perniagaan selalunya yang menyebabkan terlajak waktu operasi,” kata Daniel, seorang pekerja bistro di tengah-tengah ibu kota.

Bagi yang menyediakan karaoke pula, aktiviti itu dilakukan sekejap-sekejap bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa.

Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Tajah Mindai mempertahankan tindakan pengusaha premis beroperasi melewati waktu yang dibenarkan.

“Mereka ada pekerja yang perlu dibayar gaji, kalau pengunjung ramai, maka ada pendapatan untuk meneruskan perniagaan dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti menyediakan makanan dan minuman,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor pada 17 Jun lepas berkata sebanyak 52 kompaun dikeluarkan terhadap pemilik premis yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan sejak PKPP dilaksanakan.

Menurutnya, antara kesalahan yang dilakukan ialah premis yang beroperasi melebihi had waktu yang dibenarkan.

Mazlan berkata pihaknya telah menegaskan kepada pemilik-pemilik premis yang beroperasi perlu ditutup pada 12 tengah malam namun masih ada segelintir berdegil dan beroperasi sehingga 1 atau 2 pagi.

Dalam perkembangan lain, Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata tiada pub yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKPP ini.

“Tidak dibenarkan pub beroperasi semasa PKPP, yang boleh beroperasi ialah lesen restoran yang tiada live hiburan,” jawabnya ringkas kepada Bernama.

– BERNAMA

Advertisment

Topik Hangat

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

DAP usul kerajaan gagal, serah kebijaksanaan Agong menilai

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan usul kerajaan gagal menangani Covid-19 kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Berita Berkaitan

Kadar Kebolehjangkitan Turun 0.91, Sasar 4,000 Kes Menjelang Hujung Bulan

KUALA LUMPUR: Unjuran setakat semalam menunjukkan kadar penularan harian berupaya susut hingga ke paras bawah 4,000 kes, menjelang penghujung bulan ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan...

Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Adalah Prerogatif Agong – Pengarah Itkas

KUALA LUMPUR: Tindakan mana-mana pihak yang mempertikai prerogatif Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menganjurkan perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu menunjukkan pengabaian...

Tajuddin Rahman Nasihat UMNO Jangan Desak PRU

PASIR SALAK - Parti tidak perlu mendesak kerajaan Perikatan Nasional supaya mengadakan Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) dalam waktu terdekat ini, kata Pengarah...