Wanita Dakwa Tertua Di Dunia, Usia 134 Tahun

- Advertisement -

CHINA: Almihan Seyiti dikatakan dilahirkan pada tahun 1886 tetapi ada beberapa keraguan tentang usianya kerana catatan kelahirannya dari era Kaisar Guangxu tidak dapat disahkan.

Wanita yang mengaku sebagai orang paling tuq di dunia itu, baru sahaja mengadakan majlis ulang tahunnya yang ke-134.

Almihan Seyiti dikatakan lahir pada tahun 1886 – dua tahun sebelum Jack the Ripper memulakan siri keganasannya di London.

Pada hari Khamis para pegawai daerah tempatan melancarkan jamuan makan untuknya di wilayah Uigur, Shule, barat daya China.

Menurut media tempatan, Almihan, yang hidupnya selama tiga abad, gemar menyanyi dan bermain alat muzik.

Berkahwin pada usia 17 tahun dan menjanda selama 44 tahun, dia dikatakan dalam keadaan sihat dan masih dapat mendengar dan melihat, walaupun sukar berjalan.

Almihan menjadi warganegara tertua di China pada tahun 2013 ketika berusia 127 tahun.

Dia mempunyai kad pengenalan yang menyebut tarikh lahirnya pada 25 Jun 1886 tetapi hai ini telah menjadi tumpuan beberapa kajian antarabangsa hasil daripada catatan kelahirannya yang tidak dapat disahkan dari era Kaisar Guangxu.

Guinness World Records mengatakan bahawa mereka tidak dijemout untuk mengesahkan usia Almihan secara bebas.

Tetapi usianya itu diakreditasi oleh Carrying the Flag World Records yang berdaftar di London dan Shanghai China Records – Daily Mirror

(Nota Pengarang: Dalam kad pengenalan China pun ada tulisan jawi?)

Terjemahan: SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat