Pemuda DAP Gesa Berpisah Dengan PKR Jika Anwar Enggan Minta Maaf

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini membuat gesaan terbuka supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf kepada rakan sekutu dalam Pakatan Harapan (PH).

Memetik laporan Malaysiakini, Setiausaha Pemuda DAP, Eric Teh Hoong Keat berkata, Anwar perlu meminta maaf berikutan kontroversi arahan saat akhir beliau ketika penggulungan Belanjawan 2021 semalam berkaitan isu undi belah bahagi.

Menurut Eric Teh Hoong Keat lagi, DAP juga perlu mempertimbangkan untuk memutuskan berpisah dengan PKR dan membubarkan PH, seterusnya menyusun kembali barisan parti pembangkang sekiranya Anwar enggan meminta maaf.

“Anwar telah mengakui bahawa beliau memberi arahan supaya DAP dan PKR agar tidak menyokong usul undi belah bahagi Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

“Jadi, beliau perlu bertanggungjawab dengan sepenuhnya atas kesilapan beliau dan meminta maaf terhadap penyokong Pakatan Harapan (PH).

“Sekiranya Anwar masih menegaskan bahawa penilaiannya adalah betul dan tepat, maka pemimpin pusat DAP harus berpisah dengan PKR, tidak lagi bersekutu dengan PKR, biarlah PH dibubarkan dan menjalinkan hubungan kerjasama yang paling minimum dengan parti-parti pembangkang yang lain,” katanya.

Pemimpin Pemuda DAP itu juga menyifatkan kegagalan PH dan parti pembangkang lain meneruskan undi belah bahagi semalam, sebagai saat yang paling memalukan dalam sejarah perjuangan DAP di Parlimen sejak penubuhan parti itu.

Terdahulu, Anwar sebelum ini menjelaskan beliau meminta Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya tidak melakukan undi belah bahagi kerana tidak mahu dilihat menolak insentif baru yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Sebaliknya Anwar menegaskan pihaknya akan meminta undi belah bahagi itu diadakan semasa peringkat jawatankuasa ketika anggota parlimen membahaskan perbelanjaan setiap kementerian.

Dalam pada itu, memetik laporan nyang sama, pemimpin Pemuda DAP itu juga menolak penjelasan Anwar bahawa pembangkang akan memastikan undi belah bahagi dilakukan di peringkat jawatankuasa.

“Penjelasan seperti ini adalah tidak bertanggungjawab sekali. Bacaan kedua (peringkat dasar) merupakan peringkat di mana ahli parlimen menyatakan pendirian mereka berdasarkan prinsip-prinsip.

“Sekiranya belanjawan ditolak di bacaan kedua, maka bacaan ketiga kehilangan keperluannya.

“Pemimpin PH telah mengelakkan undi belah bahagi di peringkat bacaan kedua, bagaimanakah kita mampu menyakinkan penyokong bahawa kita akan memandang serius dalam peringkat yang seterusnya?” kata Setiausaha Pemuda DAP itu. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat