KPKM kuat kuasa CoA bagi ikan siakap dan sekatan sementara bagi udang dari Thailand

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan akan menguatkuasakan keperluan Sijil Analisis atau Certificate of Analysis (CoA) bagi ikan siakap dari Thailand mulai 1 Jun ini.

Sekatan sementara turut melibatkan lima spesis udang dari Thailand iaitu Penaeus esculentes, Fenneropenaeus merguiensis, Penaeus vannamei, Penaeus monodon, dan Penaeus stylirostris.

KPKM menerusi kenyataan berkata tempoh sekatan bagi udang adalah sehingga pihak berkuasa Thailand mengemukakan maklum balas rasmi yang lengkap terhadap soal selidik yang dikemukakan oleh Malaysia, serta tertakluk kepada penelitian lanjut pihak Malaysia terhadap maklum balas tersebut.

“Langkah ini dilaksanakan bagi memperkukuh kawalan keselamatan makanan negara, khususnya dalam memastikan ikan siakap dan udang yang memasuki pasaran tempatan mematuhi standard keselamatan dan kualiti yang ditetapkan,”kata kenyataan itu.

Katanya, pelaksanaan kawalan import ini akan dibuat secara bersepadu melalui kerjasama Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (PKKM KKM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di semua pintu masuk negara,”kata kenyataan itu.

“KPKM akan terus bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaan kawalan import ini berjalan lancar, tanpa menjejaskan kestabilan bekalan ikan siakap dan udang dalam negara.

“KPKM kekal komited dalam memastikan tahap keselamatan, sekuriti dan kualiti makanan negara sentiasa terjamin demi kesejahteraan rakyat Malaysia, ”katanya lagi.

Tambahnya, maklumat lanjut mengenai panduan permohonan CoA akan dimuat naik di laman sesawang rasmi KPKM dalam masa terdekat dan boleh dirujuk dari semasa ke semasa. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat