Pembangkang Gagal Adakan Undi Belah Bahagian

- Advertisement -

CYBERJAYA: Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di peringkat dasar telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih suara untuk menyokong, sebentar tadi.

Percubaan pembangkang untuk adakan undi belah bahagian gagal kerana tidak mencukupi 15 orang menyokong cadangan tersebut.

Belanjawan 2021 dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Nov lepas dan seramai 82 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung dari 9 Nov hingga 19 Nov.

Menurut Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun, perbahasan peringkat jawatankuasa  bermula Isnin depan selama 10 hari sebelum undi belah bahagian sekali lagi diadakan. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat