Tiada yang mampu pimpin Malaysia melainkan Anwar kata Srikandi PKR

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tiada yang mampu mentadbir negara ketika ini melainkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Srikandi PKR Kelantan, Tyra Hanim Razali berkata sekiranya inginkan sebuah perubahan, Anwar wajar diberikan peluang untuk mentadbir negara.

“Isu mengangkat Datuk Seri (Anwar) sebagai PM bukan bermaksud taksub kepada beliau. Ini adalah inti pati sejak dari awal perjuangan.

“Kami ingin melihat negara ini berubah ke arah yang lebih baik dan kebetulannya, pada waktu ini tidak ada sosok lain yang mampu memimpin Malaysia ke arah itu melainkan beliau.

“Beri peluang kepada beliau memimpin negara agar rakyat dapat merasai perubahannya. Mengangkat beliau adalah demi rakyat dan negara, bukan atas kepentingan tertentu,” katanya ketika menghadiri sebuah forum di Shah Alam malam tadi.

Katanya, PKR mahu mengembalikan mandat rakyat yang memilih Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengetuai kepimpinan negara.

“Tidak wujud soal perebutan kuasa kerana ikut mandat PRU-14, ia diberikan PH dan PKR mempunyai kerusi terbanyak ketika itu.

“Ini yang kita perjuangkan selama ini namun ia terhenti apabila perjanjian selama ini dikhianati yang mana ada beberapa Ahli Parlimen PH berpaling tadah. Jadi kita mahu perjuangkan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat,” katanya lagi.

Tyra Hanim turut menegaskan Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Interim bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik yamg sedang melanda.

“Apa perbezaan Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Anwar yang disokong oleh Ahli-ahli Parlimen UMNO.

“Kalau ada Kerajaan Perpaduan bagaimana kita hendak menilai akauntabiliti dan ketelusan (transparency) kepada kerajaan ini?, soalnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai desas-desus penubuhan kerajaan interim oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kerajaan interim adalah pilihan terakhir sebelum mengisytiharkan darurat susulan tiada ahli Parlimen cukup majoriti untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat