Najib Seru Rakyat Bersabar, Beri Ruang KWSP Umum Perincian Proses Pengeluaran

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini meminta rakyat terutama pencarum Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) bersabar dan memberi ruang kepada agensi itu mengumumkan perincian mengenai proses pengeluaran i-Sinar.

Najib berkata beliau menyedari ada rakyat yang masih sangsi dan bimbang KWSP akan mengenakan syarat ketat bagi pengeluaran wang saraan tersebut.

“Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.

“Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia hanya mendapat persetujuan dari KWSP pada pagi ini. Hanya dipersetujui KWSP dan Menteri Kewangan pagi hari ini.

“Sebab itu, marilah kita bersabar untuk seketika dan berilah sedikit ruang bagi KWSP mengumumkan secara terperinci berhubung proses baru bagi skim yang telah ditambahbaik pagi ini.

“Saya dan BN bersangka baik bahawa KWSP akan permudahkan segala pengeluaran dan tidak akan menyusahkan atau sengaja menafi hak Rakyat untuk mengeluarkan wang mereka sendiri,” katanya, dipetik dari status di Facebook beliau, hari ini.

Najib dan BN sebelum ini meletakkan syarat akan menyokong Belanjawan 2021 sekiranya tuntutan pengeluaran ‘one off’ RM10,000 dari KWSP diluluskan bersama dengan lanjutan tempoh moratorium.

Kedua-dua syarat itu dipenuhi Menteri Kewangan dengan beberapa syarat ditetapkan semasa beliau menggulung pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata, sekiranya pihak KWSP masih merumitkan proses pengeluaran dengan syarat ketat, BN akan mencari jalan memastikan kedua-dua syarat dan tuntutan itu dipermudahkan.

“Jika masih rumit atau menyusahkan, BN masih ada peluang untuk menolak bajet pada undian peringkat jawatankuasa.

“Jikapun bajet diluluskan sepenuhnya dan kerajaan masih tidak tepati janji mereka pada kita dan Rakyat, saya dan BN masih ada cara serta jalan untuk tuntut kerajaan penuhi tuntutan-tuntutan ini.

“Seperti yang saya sebut tadi, sama ada bagi komitmen kelulusan automatik moratorium atau pengeluaran KWSP, PEMUDA UMNO berjanji untuk memantaunya dari segi perlaksanaannya,” ujarnya.

Beliau turut meminta rakyat atau mana-mana ahli KWSP yang berdepan kesulitan dengan syarat yang tidak munasabah kelak supaya melaporkan kepada pemimpin UMNO dan BN di cawangan yang berdekatan.

“Jika komitmen serta janji kerajaan PN ini tidak tertunai maka BN akan mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, KWSP menerusi kenyataan medianya lewat hari ini menjelaskan perincian proses pengeluaran i-Sinar yang ditambah baik akan diumumkan seawal minggu depan. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat