Mahathir Dakwa Belanjawan 2021 Lulus Kerana Ada Sogokan Kepada MP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nilai demokrasi berperlembagaan melalui Pilihan Raya Umum (PRU) yang menjadi teras kepada pembentukan kerajaan sudah tidak bermakna lagi apabila terdapat pihak yang cuba ‘membeli’ ahli Parlimen (MP) dalam usaha memastikan Belanjawan 2021 diluluskan.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kegagalan pihak pembangkang untuk menolak Belanjawan 2021 setelah hanya 13 daripada 15 ahli Parlimen yang bangun menolak belanjawan tersebut menimbulkan tanggapan bahawa amalan korupsi berlaku dalam kalangan wakil rakyat di Dewan Rakyat semalam.

“Apabila cuma 13 ahli Parlimen bukan kerajaan bangun untuk menolak belanjawan ini sehingga mengakibatkan undi belah bahagi tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan 15 ahli.

“Kerajaan yang didiri melalui rasuah dan sogokan pada ahli Parlimen dan kerajaan yang korup boleh pula disokong oleh ahli Parlimen pembangkang tanpa sedikitpun berasa bersalah kerana mungkir janji kepada rakyat.

“Apabila mereka yang tidak berprinsip, yang tidak berkualiti, yang sanggup menggadai amanah rakyat demi kepentingan peribadi mendiri kerajaan, maka negara akan dijual untuk memenuhi ketamakan diri mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada Belanjawan 2021 yang diluluskan melalui suara majoriti ahli Parlimen. Meskipun terdapat cubaan untuk mengusulkan undian secara belah bahagian, hasrat itu nampaknya gagal mendapat sokongan daripada blok pembangkang sendiri.

Dalam pada itu, Mahathir dan penyokongnya, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Shaharuddin Md. Salleh menegaskan untuk menolak Belanjawan 2021 yang dibentangkan kali pertama 6 November lalu.

“Bagi saya dan semua ahli parti Pejuang tetap berpegang kepada janji untuk menolak belanjawan seperti yang dinyatakan sebelum ini malah tidak sesekali akan berganjak atas dasar amanah dan tanggungjawab sebagai wakil kepada rakyat,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,585FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat