Proses Digitalisasi Pemangkin Produktiviti

- Advertisement -
Oleh :
Dr Suhaimee Saahar@Saabar

Penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak produktif. Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab memastikan elemen produktiviti menjadi sebahagian daripada norma baru, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah merangka dan melaksana beberapa inisiatif bagi melonjakkan produktiviti dalam bentuk yang baharu. Sebelum ini semua amalan ini hanyalah dalam bentuk konsep dan cadangan, namun kini ia menjadi satu realiti dan kemestian untuk sebuah organisasi terus produktif dan proaktif. Dalam memastikan aspek digitalisasi dan produktivi kerja dicapai secara optimum beberapa langkah strategik diambil untuk membantu proses kerja dicapai.

Modal insan

MPC memfokuskan beberapa perkara seperti modal insan, tetapan platform, resolusi, perhubungan, fasilitasi dan penambahbaikan produktiviti. Dalam hal modal insan, bagi memastikan aspek komunikasi dan ketetapan budaya kerja baru dilaksanakan, MPC menggunakan platform digital seperti Webinar dan Goto Meeting.

Dua platform ini menekankan aspek engagement dalam kalangan kakitangan dan pihak pengurusan agar dapat berkomunikasi dan berhubung dengan lebih efisien dan efektif dengan menurunkan arahan-arahan dari semasa ke semasa menggunakan platform berkenaan.

Daripada beberapa siri perbincangan dalam talian ini, jelas terbukti tahap penglibatan dan komitmen dari segi kehadiran menunjukkan peningkatan yang amat ketara iaitu 95 peratus kehadiran dalam talian tercatat ketika Amanat Ketua Pengarah dan mesyuarat pengarah mencapai tahap 98 peratus kehadiran aktif.

Pada 2 Mac hingga 28 April lepas, lima siri perbincangan dan 93 program dalam talian diadakan dan sebanyak 2,066 kehadiran dengan purata 400 peserta untuk satu siri. Inisiatif ini dilihat mampu memastikan pengurusan sumber manusia yang cekap serta memberikan pendedahan awal kepada pekerja dan pemain industri untuk bersedia menghadapi sebarang kebarangkalian akibat wabak COVID-19 ini.

Beberapa iniasitif lain seperti mengadakan webinar, klinik rundingan maya dan latihan maya diadakan bagi memastikan aspek modal insan terjamin. Insiatif seperti mengadakan pertandingan video dan majlis penyampaian hadiah untuk Productivity Linked Wage System (PLWS) yang diadakan bersama-sama pihak universiti telah berjaya dilaksanakan.

Dalam memastikan jaringan dan kolaborasi antara pihak MPC dan institusi pengajian tinggi, MPC sekali lagi bekerjasama dengan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Shah Alam dalam mengadakan pertandingan inovasi digital bertemakan Innovation Productivity Exposure (IPEX 2020) hasil kerjasama program Black Box 2019 yang memfokuskan kepada budaya inovasi berteraskan I4.0 dan IOT.

Menerusi kerjasama ini, pihak MPC dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media berharap dapat membantu pihak kerajaan dan masyarakat dalam menghasilkan idea-idea baru dan inovatif dalam membantu negara untuk meningkatkan tahap produktiviti rakyat di bawah norma baharu ini.

MPC juga bekerjasama dengan universiti lain di rantau ini dengan mengadakan persidangan maya yang menghubungkan universiti-universiti di bawah ASEAN untuk mengumpul sarjana, penyelidik, saintis dan para akademia di seluruh dunia dan di negara-negara ASEAN untuk membincangkan dan membangunkan inovasi terkini, ciptaan terbaharu dan yang amat penting adalah menerokai penyelidikan yang mampu memberikan impak dan nilai tambah baharu kepada negara. Peluang kepada pakar-pakar produktiviti untuk menjalankan latihan dalam talian seperti C Suite untuk pemimpin dan perkongsian ilmu mengenai norma baharu kepada pekerja untuk melengkapkan kemahiran dan pengetahuan mereka khususnya pasca-COVID 19.

Resolusi

MPC memfokuskan kepada aspek resolusi bukan sahaja dalam memastikan tahap produktiviti terjamin tetapi penting bagi memastikan sektor-sektor yang terjejas dapat menerima manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Pakej ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu pihak industri untuk kekal dan bertahan dalam ekonomi yang semakin mencabar ini. Pakej ini dilihat mampu membantu pihak industri bukan sahaja memastikan survival perniagaan mereka tetapi untuk langkah persediaan bagi mereka untuk reboot dan reset perniagaan mereka.

Short Term Accomodation (STA) fokus kepada sektor pelancongan yang terjejas teruk dengan pandemik ini. Langkah proaktif dan berfokus perlu diambil kerana kita perlu memastikan dan menjamin sektor ini tidak mengalami kesan buruk sehingga menyebabkan kehilangan pekerjaan dan penutupan operasi perniagaan. Dengan adanya STA ini, ia dilihat mampu memacu semula sektor pelancongan untuk dipulihkan dan dalam masa yang sama mencipta peluang pekerjaan di negara ini. Garis panduan yang diperkenalkan untuk Air BnB diyakini mampu membantu langkah pemulihan ini kerana ia dilihat sebagai satu garis panduan yang mudah terutama dalam proses pendaftaran perniagaan.

Pemudahan

MPC bersama-sama pakar teknikal bertanggungjawab memastikan proses pemulihan perniagaan dalam kalangan PKS dengan menggunakan e-Business Solutions digunakan bagi membina semula keyakinan dan memulihkan perniagaan mereka yang terjejas. Dengan mengambil kira aspek PKP ini ia merupakan satu kelebihan dengan aspek kemahiran dalam kalangan PKS ini dapat dipertingkatkan. Antara beberapa usaha dalam bentuk kemudahan seperti sesi KOPI CHAT secara dalam talian untuk tujuan rundingan perniagaan Cost Effective I4.0 Solutions, memahami norma baharu dalam kalangan PKS, module revision dan sesi pitching telah diadakan bagi memastikan aspek kebajikan PKS terbela ketika berdepan dengan pandemik ini.

Peningkatan produktiviti

Semua insiatif yang diambil ketika PKP ini adalah bertujuan bagi memastikan bukan sahaja aspek produktiviti dapat dikekalkan tetapi ia memberikan satu nilai tambah baharu. Dalam memastikan organisasi untuk menyesuaikan diri dengan senario dan situasi semasa dalam norma baru ini kelangsungan produktiviti organisasi menerusi norma baharu ini bakal memberikan impak baharu dari segi penjimatan kos ruang, perjalanan, perbelanjaan mesyuarat dan seminar menerusi usaha-usaha digitalisasi kerja dan produktiviti.

Impak yang amat ketara menerusi era pendigitalan ini adalah dari segi ruang kerja yang fleksibel, kepantasan dalam penyampaian terutama dalam kelulusan sesuatu perkara dan paling utama adalah ia merancakkan e-perdagangan menerusi portal-portal perniagaan digital yang dibangunkan oleh sektor perniagaan dalam memastikan peluang perniagaan baharu dicipta dalam era norma baharu ini.

Sebagai contoh, Virtual Plugfest yang sebelum ini dipraktikan secara tradisi dalam kelas latihan tetapi kini dengan inisiatif di bawah EEPN latihan kini dalam bentuk maya yang memfokuskan latihan kepada pihak PKS dalam sektor pembuatan untuk menerokai gaya kerja baharu dan produktif bagi meningkatkan lagi pengeluaran dan produktiviti syarikat mereka.

Penutup

Proses digitalisasi yang giat diamalkan di MPC kini menjadi nadi kepada penggerak produktiviti era baharu. Sebarang langkah yang mampu dilihat sebagai pemangkin kepada budaya produktiviti dan kelangsungan ekonomi akan diterokai dan diberikan tambah nilai baharu dalam bentuk-bentuk yang bersesuaian dengan saiz organisasi dan sumber yang ada. MPC kini perlu memastikan setiap sektor yang terlibat perlu mendapatkan manfaat menyeluruh daripada proses digitalisasi kini. Seterusnya dalam bergerak ke hadapan setiap rintangan yang ada ini akan ditukarkan dalam bentuk peluang dan kekuatan dalam membina produktiviti negara norma baharu.

— BERNAMA

Dr Suhaimee Saahar @ Saabar merupakan Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Shah Alam

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat