Jangan Main Sedap Mulut, Kata Ustaz Kazim Kepada Mat Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias minta orang politik agar berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan terutama yang melibatkan susuk tubuh Nabi Muhammad SAW.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim berkata demikian sebagai maklumbalas terhadap kenyataan bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu yang mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai pelarian.

“Minta orang politik ni berhati-hati sikit bila bercakap, jangan main sedap mulut je buat analogi. Apa ke hal disamakan Nabi SAW macam pelarian?

“Fahami makna pelarian, refugee dan hijrah baik-baik. Main sedap mulut je nak cakap,” katanya sebentar tadi.

Terdahulu Mohamad Sabu meminta rakyat dinegara ini agar berhati-hati dengan isu pelarian.

“Jangan kita lupa sejarah. Jangan kita lupa Islam itu ditegakkan oleh para pelarian, khasnya Nabi Muhammad yang menjadi pelarian atau berhijrah dari Mekah ke Madinah,” katanya ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Kenyataan Mohamad itu kemudiannya mendapat bantahan dari Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang menggesa usul dibuat untuk menggesa ahli parlimen Kota Raja itu menarik balik kenyataannya.

Beliau berkata, kenyataan itu merupakan suatu kesimpulan yang mengelirukan dewan dan Islam itu sendiri.

Sementara itu, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan turut membidas kenyataan tersebut sambil menyifatkan kedatangan Nabi Muhammad SAW ke Madinah atas jemputan masyarakat di sana.

“Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- seorang utusan Allah Ta’ala yang berhijrah ke Madinah atas perintah Tuhannya bukan disebabkan tidak tahan dengan seksaan di negeri sendiri.

“Jikalau Baginda ingin menjadi pelarian sudah lama Baginda melakukan demikian namun Baginda bertahan selama 13 tahun lamanya dengan pelbagai cabaran,” ujarnya pula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat