Jabatan Kesihatan Kelantan Siasat Kes Bayi Tertukar 20 Tahun Lalu

- Advertisement -

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) membuat siasatan dakwaan kes bayi tertukar yang dikatakan berlaku 20 tahun lalu dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan di sebuah hospital di Kota Bharu.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata pihaknya akan menyiasat tiga bayi berkenaan sama ada mereka dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) atau Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Setakat ini, pihaknya hanya mendapat maklumat bahawa tiga bayi termasuk pasangan kembar itu dilahirkan di sebuah hospital di Kota Bharu sahaja.

“Kita akan membuat siasatan berhubung kesahihah kes itu (kelahiran mereka). Pihak kita juga akan mendapatkan maklumat daripada keluarga secara terperinci,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr Zaini mengulas laporan dua keluarga terpaksa melalui kisah tragis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lalu, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu.

Lebih memeritkan, kejadian itu hanya disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, pada September tahun lalu selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali, berkata pihaknya akan membuat siasatan kejadian itu.

Katanya, jika dilahirkan di HRPZ II, pihaknya akan mencari rekod kelahiran mereka kerana hospital akan menyimpan fail kelahiran dalam tempoh 21 tahun.

“Kebiasaannya, rekod kelahiran akan disimpan hospital selama 21 tahun. Kita akan mencari rekod mereka yang dahulunya dibuat secara manual,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,577FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat