BERSAMA umum rebut kerusi di PRN Johor, uji kecekapan dan kelemahan jentera

KUALA LUMPUR – Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) mengesahkan akan turut serta merebut kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026.

Dalam kenyataan bersama Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mereka memaklumkan, keputusan ini dimuktamadkan setelah beberapa perbincangan diadakan dengan pimpinan BERSAMA dan ahli-ahli terpilih dari seluruh negara.

Dalam pada itu katanya, perbincangan lanjutan dengan wakil ahli-ahli BERSAMA dari Johor untuk mengenal pasti kerusi-kerusi yang akan ditandingi telah dijadualkan hari ini.

“Kami mengesahkan bahawa BERSAMA akan menyertai Pilihan Raya Negeri Johor 2026.

“PRN Johor 2026 membuka ruang untuk memperkenalkan BERSAMA kepada pengundi-pengundi Johor, walaupun BERSAMA berusia kurang dari sebulan sejak dilancarkan semula pada 17 Mei yang lalu,” katanya.

Menurut Rafizi dan Nik Nazmi, penyertaan BERSAMA dalam PRN Johor 2026 juga membolehkan BERSAMA membina jentera pilihan raya dalam tempoh yang singkat dan menguji kecekapan serta kelemahan jentera, sebagai persiapan ke arah pilihan raya- pilihan raya yang akan datang.

“Bertepatan dengan hasrat ini, siri jelajah BERSAMA ke negeri-negeri akan bermula di Johor pada 6 Jun 2026 (Sabtu) ini di Danga Bay Convention Centre jam 8 malam.

“Siri jelajah yang dinamakan Jelajah Kancil ini akan memberi tumpuan kepada 12 Agenda BERSAMA, dengan setiap negeri menumpukan kepada satu agenda,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat