Pertukaran Akaun Twitter Tidak Jejaskan Kredebiliti SPRM

- Advertisement -

EDITORIAL

Sejak semalam terdapat beberapa pihak yang mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantikan akaun twitter @sprmmalaysia dengan @sprmcommunity.

Sebahagian media pro-Pakatan Harapan menjadikan ia isu besar seolah-olah akaun twitter adalah kayu ukur keberkesanan SPRM. Ini bukan sahaja tidak benar malah tampak kebudak-budakan.

Akaun media sosial agensi dan organisasi adalah alat penyebaran maklumat bukannya kayu ukur integriti dan kredebiliti. Banyak sebab sesuatu organisasi menukar akaun media sosial mereka. Antaranya termasuklah berhadapan masalah teknikal, hilang kawalan pentadbir akaun dan juga untuk membawa imej baharu.

Dalam konteks SPRM, kita tahu bahawa sejak 22 bulan lalu terdapat banyak kenyataan berunsur propaganda yang dibuat oleh Ketua Persuruhjaya SPRM ‘lantikan politik’, Lateefah Koya, telah dipaparkan dalam akaun-akaun media sosial SPRM.

Kita tidak pasti punca penggantian akaun twitter ini sama ada disebabkan masalah teknikal atau mahu memulihkan imej SPRM yang tercemar dengan pelbagai kenyataan rasuah bersifat perbalahan politik sebelum ini.

Namun penggantian akaun tidak seharusnya menimbulkan syak wasangka dan curiga masyarakat terhadap ketelusan SPRM. SPRM telah mempunyai prosedur perundangan yang jelas bukan sahaja dalam siasatan dan pendakwaan tetapi juga proses semak dan imbang terhadap kes yang dibebaskan melalui jawatankuasa luar SPRM.

Adalah sangat kebudak-budakan mengaitkan penukaran akaun twitter ini dengan usaha menutup rasuah dalam kerajaan hari ini.

Dakwaan ahli parlimen PH bahawa twitter asal dipadam kerana ada banyak tweet sebelum ini yang mendedahkan rasuah mereka yang sekarang ini dalam kerajaan sangat tidak munasabah.

Tugas SPRM bukan mendedahkan tuduhan rasuah tapi menyiasat dan mendakwa kes rasuah. Siasatan pula dibuat berdasarkan laporan bertulis di pejabat SPRM, bukannya melalui paparan twitter.

Mungkin di waktu Covid-19 ini banyak orang ketandusan isu politik, maka menyerang SPRM sambil berkurung dalam rumah adalah kerja mudah.

Dunia internet ini sangat luas dan mustahil apa-apa siasatan dipadam dan disembunyikan. Jika pun tiada dalam akaun twitter SPRM ia boleh sahaja dimuat naik di tempat lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat