KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh menyeru Pemuda DAP (DAPSY) untuk membuka gelanggang susulan desakan sayap muda DAP itu meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan pembubaran Parlimen sekiranya Umno Johor memilih untuk bergerak solo pada pilihan raya negeri (PRN) itu akan datang.
Kata Akmal, DAPSY mungkin terlupa bahawa tanpa sokongan Barisan Nasional (BN), belum tentu mereka mampu membentuk kerajaan hari ini.
“Jadi jangan sembang soal “kacang lupakan kulit”, kerana hakikatnya semua pihak tahu siapa yang membantu memastikan kestabilan politik selepas PRU lalu.
“DAPSY pun jangan cakap sahaja di media sosial, buktikan syor DAPSY supaya Parlimen dibubarkan segera disambut oleh pemimpin kalian.
“Bukan setakat bubar Parlimen sahaja, malah tarik juga sokongan daripada kerajaan negeri yang dibentuk bersama BN hari ini.
Tarik sokongan di Perak. Tarik sokongan di Pahang.Kita lawan secara gentleman dan serah kembali mandat kepada rakyat,” tegas Adun Merlimau itu.
Akmal bahkan mengingatkan DAPSY supaya tidak perlu meroyan apabila Umno Johor bercakap soal bergerak solo.
“Sejak awal tidak pernah wujud sebarang perjanjian bahawa BN wajib menghadapi PRN atau PRU bersama PH.
“Saya nak ingatkan sekali lagi pada kamu mungkin kamu terlupa bahawa kerajaan yang dibentuk hari ini adalah demi kestabilan negara atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika tiada gabungan mempunyai majoriti mudah.Itupun hari ini ada geng kamu yang kurang ajar kata titah Tuanku sultan tidak perlu dituruti bila dah berkuasa. Itu realitinya.
“Jadi DAPSY, jangan nampak menggelabah sangat lah bila Umno nak pergi solo,kerana itulah cadangan pemuda kepada pemimpin kami sejak dari tahun lepas lagi dan pemimpin kami mendengar suara kami dan kita akan mulakan di Johor.
“Tetapi tidak tahu lah kalau pemimpin DAP mendengar atau tidak suara DAPSY,jangan jadi seperti anjing menyalak bukit sahaja
“Oh ya,kita cabar pemimpin DAP untuk keluar dari kerajaan negeri Melaka sehingga hari ini pun tidak berani,lagi nak sembang ke?
Sekurangnya aku berani hantar surat peletakan jawatan,bukan satu tapi dua surat telah dihantar.
“Kamu?? Sembang jer lah. Kalau benar mahu menguji kekuatan, kita buka gelanggang. Bring it on! bidas beliau.



