DAP jangan risau, ini ‘solo’ boleh bincang, lepas menang cium balik – Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin Umno Isham Jalil ‘memujuk’ DAP bahawa tindakan nekad Barisan Nasional (BN) untuk bertanding solo dengan merebut 56 kerusi di Johor hanyalah bersifat sementara.

Menurut Isham semua keputusan termasuk tandatanfan watikah tetap berlangsung di peringkat Pusat.

“Anthony (Loke) jangan risau. Ini solo boleh bincang. Lepas menang cium balik.

“Di Pusat tak solo pun tetapi tetap UMDAP. Watikah pun sign di Pusat. Agreement dengan calon pun sign dengan Pusat.

“Arahan kepada negeri pun datang daripada Majlis Kerja Tertinggi di Pusat. Kalau calon ingkar, pecah kontrak kena bayar kepada Pusat. Pendek kata Pusat yang kawal negeri. Apa ada hal.

“Pendek kata BN menang, Zahid senang Anthony pun senang. Kes pun belum settle lagi. Mana dia mau lari,” selar Isham.

Semalam media melaporkan, BN tidak akan mengubah haluan daripada rancangannya untuk bertanding di semua kerusi pada pilihan raya negeri Johor yang akan datang, walaupun ketua Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk mengadakan perjanjian bagi mengelakkan pertembungan.

Bagaimanapun, Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dia sedang dalam proses memuktamadkan senarai calon untuk kesemua 56 kerusi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat