Belanjawan 2021 Lepasi Halangan Terbesar – Tok Mat

- Advertisement -

CYBERJAYA – Belanjawan 2021 telah melepasi halangan terbesar apabila diluluskan sebaik selesai sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad berkata, kesepakatan ahli-ahli parlimen untuk menyokong Belanjawan 2021 adalah demi keutamaan negara dan rakyat.

“Kemaslahatan rakyat sangat mendesak dan Belanjawan yang diluluskan ini Insha-Allah adalah intervensi yang sangat dinanti-nantikan.

“Ini adalah petanda jelas bahawa dalam keadaan sukar sebegini, kepentingan paling tinggi ialah mengandakan kebajikan, menyelamat perniagaan dan membangun daya tahan ekonomi,” tulisnya di laman Facebook, hari ini.

Mohamad berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu merancang agar Belanjawan 2021 dapat segera dilaksanakan tanpa ketirisan, karenah birokrasi dan keutamaan yang tersasar.

“Ahli Parlimen pula teruslah berperanan melakukan semak dan imbang bagi memastikan belanjawan yang diluluskan dilaksana dengan sesegera mungkin dengan efisyen,” ujarnya.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 peringkat dasar.

RUU itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang tanpa melalui undian belah bahagi.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, pada jam 3.28 petang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat