Ekonomi Tempatan Dapat Impak Positif Jika Rakyat Dibenar Guna KWSP – Najib

Pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula 7 Disember

KOTA KINABALU: Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu akan dibuka semula secara berperingkat bermula Isnin depan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata ia...

Konsert ketiga SFMM35 pada 15 Disember ini

KUALA LUMPUR: Konsert ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-35 (SFMM35) akan bersiaran pada 15 Disember ini. Penerbit Eksekutif SFMM35, Nurhul Huda Khalid​ mengesahkan konsert ketiga...

Sasar audiens baharu

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengedar kandungan program serta filem terbesar di Malaysia, Primeworks Studios (PWS) mengumumkan projek kolaborasi bersama perkhidmatan penstriman video, platform OTT...

Tiga siri RTX 3060 Ti diperkenalkan

Jenama pengeluar kelas permainan terkemuka, MSI hari ini mengumumkan barisan kad grafik baharu mereka menggunakan rekaan RTX 3060 Ti yang menawarkan kuasa prestasi mengatasi...

Disiplin, bakat kena seiring

SEBAGAI pelakon lama disegani, Datuk Fizz Fairuz antara yang harus dijadikan contoh terbaik terutama buat pelakon baharu. Bukan sekadar berbakat, dia terus membuktikan sikap...

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memilih melaksanakan pengeluaran caruman dari Akaun 1 secara one-off atau ansuran dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Dalam masa yang sama kata beliau, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh membeli bon dari pasaran tempatan sekiranya perlu untuk membantu KWSP sekiranya diperlukan, cadang Datuk Seri Najib Razak.

“Langkah BNM ini tidak berbahaya sebab Malaysia dan dunia kini dalam zaman inflasi negatif akibat ekonomi yang tertekan. KWSP juga boleh memilih untuk membayar pengeluaran one-off ini secara bulanan dalam tempoh tiga bulan atau enam bulan,” kata mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu Najib menganggarkan sejumlah RM45.7 bilion diperlukan sekiranya semua pemohon skim i-Lestari mahu mengeluarkan RM10,000 daripada akaun masing-masing.

“Itu pun jika semua mahu atau layak untuk mengeluarkan sebanyak RM10,000. Ada yang mungkin mahu jumlah lebih kecil untuk keperluan terdesak,” tambahnya.

Secara tidak langsung jelas Najib, dengan membenarkan Akaun 1 KWSP dikeluarkan, ekonomi tempatan dapat dirancakkan semula kerana rakyat mempunyai kuasa beli yang lebih.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pekan itu menyifatkan pelaksanaan pengeluaran wang KWSP dari Akaun 1 tidak mustahil untuk dilaksanakan.

“Dan bila duit ini sampai ke rakyat terdesak dan dibelanjakan, ekonomi tempatan juga dirancakkan. (Jangan guna duit ini untuk beli iPhone 12 pulak).

“Ini zaman norma baharu. Sebab itu, norma baharu dan kaedah baharu juga diperlukan dalam pendekatan kerajaan untuk membantu rakyat serta merancakkan ekonomi.

“Sukar untuk membenarkan tak bermaksud mustahil untuk dilakukan. Nak, seribu daya… Pada masa depan setelah ekonomi pulih apabila krisis Covid-19 berlalu, barulah kerajaan dan pencarum cari jalan untuk pulihkan simpanan usia tua kita di KWSP,” katanya lagi.

Terdahulu semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sukar bagi kerajaan untuk membenarkan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP bagi digunakan rakyat yang berdepan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias pula berkata akses kepada simpanan akaun satu bukanlah satu-satunya cara untuk mendapatkan wang tunai.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan telah menyediakan banyak bantuan kewangan langsung melalui PRIHATIN, PRIHATIN SME +, PENJANA, dan KITA PRIHATIN berjumlah RM55 bilion untuk B40 dan M40. – MalaysiaGazette

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula 7 Disember

KOTA KINABALU: Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu akan dibuka semula secara berperingkat bermula Isnin depan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata ia...

Kedah Jumpa Mineral RM60 bilion

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Kedah meluluskan permit kepada sebuah syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Lumpur bagi meneroka mineral di negeri tersebut yang...

Tarik Balik Semua Bekalan Daging Tak Halal – Razlan

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Razlan Rafii mencadangkan kerajaan mewujudkan satu pasukan khas bagi mengenal pasti rangkaian edaran daging di negara...