BN Sarankan Muhyiddin Luluskan Pengeluaran KWSP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) telah bersetuju dengan sebulat suara untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Menurut Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perkara itu diputuskan dalam mesyuarat parti yang diadakan pada 3 November lalu.

“Ahli-ahli Barisan Nasional yang terdiri daripada Menteri, Timbalan Menteri dan ahli Dewan Rakyat seramai 43 orang yang bermesyuarat pada 3 November 2020.

“Telah bersetuju dengan sebulat suara akan terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi ke atas Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November 2020, begitu juga dengan semua Rang Undang-Undang (RUU) yanv akan dibentangkan oleh pihak kerajaan,” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Ahmad Zahid lagi, semua ahli-ahli parlimen BN turut bersetuju agar Muhyiddin mempertimbangkan dua perkara.

“Melanjutkan tempoh moratorium untuk tempoh enam bulan atau sebahagian daripadanya untuk mereka yang berkelayakan di bawah kumpulan B40 dan M40.

“Meluluskan untuk pengeluaran sejumlah wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat tertentu,” ujarnya lagi.

Terdahulu Muhyiddin berkata kerajaan bersedia mengkaji saranan pengeluaran Akaun 1 KWSP bagi membantu rakyat yang berdepan kesusahan dan benar-benar perlu.

Menurut Muhyiddi. perkara membabitkan KWSP ini sememangnya isu panas yang dibangkitkan pelbagai pihak dan kumpulan yang meminta kerajaan menimbangkan supaya pencarum KWSP boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1.

Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beberapa hari lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat