Anak Syarikat SPNB berhadapan tindakan penggulungan, nasib pembeli rumah jadi tanda tanya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemaju perumahan Aspire Residence Cyberjaya, SPNB Aspirasi Sdn Bhd, berhadapan perbicaraan penggulungan syarikat (winding up) setelah gagal melunaskan pampasan sebanyak RM31,549,807.67 seperti mana yang diputuskan oleh timbang tara industri dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

SPNB Asprasi merupakan anak syarikat milik penuh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) yang menjadi pemaju kepada perumahan mampu milik Aspire Residence Cyberjaya. Manakala pihak yang menuntut penggulungan pula ialah Tunas Manja Development & Construction(KL) Sdn Bhd merupakan kontraktor pertama perumahan ini.

Projek perumahan Aspire Cyberjaya dijangka akan berada dalam keadaan kritikal sekiranya sekiranya SPNB Asprasi gagal mengenepikan saman penggulungan ini. Ia menimbulkan persoalan sama ada kontraktor sedia ada akan mendapat bayaran daripada SPNB Aspirasi untuk meneruskan projek perumahan kategori sakit ini.

Dengan harga di bawah 400 ribu ringgit di kawasan Prime Land Cyberjaya Selangor, Aspire Residence dirancang bersama kemudahan awam seperti kolam renang, taman rekreasi dan gimnasium yang turut mengambil kira kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU). Ia merupakan syurga kepada pembeli yang mencari keselesaan pada harga yang berpatutan di Cyberjaya.

Namun syurga itu pantas menjadi ingauan ngeri apabila projek yang mula dibina pada 2016 gagal disiapkan seperti dalam jadual. Pembinaan tiga blok kondominium 25 tingkat meliputi 1,168 unit kediaman menemui jalan berliku apabila ia mula tersasar dari tarikh sepatutnya siap pada 2019.

Setelah berlaku pertelingkahan dengan kontraktor pertama, SPNB Aspirasi telah melantik kontraktor baharu bagi meneruskan pembinaan. Pada tahun 2021, SPNB memberitahu pembeli bahawa projek ini dijangka siap pada suku pertama 2023.

“Kemajuan kerja keseluruhan pembinaan Pangsapuri Aspire Residence Fasa 1, dekat sini membabitkan tiga blok kini mencapai tahap 65 peratus dan bakinya dijangka siap pada suku pertama 2023. Usahasedang giat dilakukan bagi menyiapkan baki 35 peratus kerja-kerja pembinaan di tapak sehingga Siji Pematuhan dan Kesiapan (CCC) diperoleh yang dijangk pada tempoh itu bagi Fasa 1 (blok 1, 2 dan blok 3).

“Kami sangat memahami keluhan pembeli-pembeli memandangkan projek ini pada awalnya dijadualkan siap dan penyerahan milikan kosong dianggarkan pada Ogos 2020,” tambah SPNB.

Bagaimanapun penyerahan kepada pembeli tertangguh lagi apabila pada bulan lalu Pengerusi SPNB yang baharu, Datuk Husam Musa memaklumkan projek tersebut hanya dijangka siap sepenuhnya pada Oktober tahun ini (2023).

Perkembangan saman penggulungan ini menimbulkan kebimbangan projek ini akan sekali tergendala. Sekiranya syarikat ini diisytihar muflis, projek akan terus tergendala dan pembeli terpaksa terus bayar pinjaman. SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat