Dasar Pemberian Subsidi Malaysia Silap Selama Ini, Perlu Diperbetul – Ahmad Maslan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia silap selama ini dalam dasar pemberian subsidi dan ia perlu diperbetulkan.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, di Malaysia lebih ramai golongan kaya dapat menikmati pelbagai subsidi yang diberikan oleh kerajaan berbanding golongan miskin.

“Kita ingin melakukan perkara yang adil, orang miskin perlu diberi lebih subsidi berbanding orang kaya tetapi Malaysia ini sebuah negara yang tersilap memberikan subsidi (kerana) orang kaya dapat lebih banyak daripada orang miskin.

“Jadi kita ingin membetulkan kesilapan itu, selama ini mereka yang memiliki lebih banyak pendingin hawa dan kereta di rumah dapat lebih banyak subsidi sedangkan mereka yang tiada pendingin hawa dan memiliki motosikal kecil hanya terima sedikit.

“Saya boleh sebut dasar itu silap, dasar pemberian subsidi itu tersasar (jadi) sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan bukan kerajaan yang ingin popular, maka kesilapan tersebut perlu diperbetul,” katanya di Putrajaya lapor Utusan pada Jumaat.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penarikan beberapa subsidi kepada golongan T20 di negara ini.

Semalam, media melaporkan perbincangan berkaitan mekanisme menyeluruh mengenai pelaksanaan subsidi bersasar sudah mencapai 75 peratus.

Menurut Ahmad, kerangka mengenai pelaksanaan itu masih dibincangkan di peringkat Kementerian Kewangan sebelum dibentangkan di Kabinet.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan mengenai subsidi secara bersasar itu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat supaya mereka yang berada dalam tangga pendapatan T20 tidak mengalami kejutan.

“Semalam, jawapan Nik Nazmi (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) di Dewan Rakyat bahawa penjimatan subsidi elektrik yang dilakukan secara bersasar dari 1 Januari hingga Jun sebanyak RM5.6 bilion, dengan jumlah sebanyak itu macam-macam perkara kita boleh laksanakan untuk rakyat.

“Itu baru elektrik, belum lagi RON 95, RON 95 kita akan mulakan tahun depan sebab kita hendak buat peringkat demi peringkat, kita tak mahu T20 ini terkejut dengan segala (subsidi) ditarik sana sini,” ujarnya.

Pada 22 Mei, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan berpendapatan tinggi atau T20 tidak akan lagi menerima sebarang subsidi sama ada untuk penggunaan elektrik atau menunaikan haji.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat