Ahli MPT Bersatu Dakwa Zuraida Khianat Secara Halus, Gesa Dikenakan Tindakan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kegagalan Datuk Zuraida Kamaruddin membantu Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri (PRN) di Johor baru-baru ini mendorong seorang pemimpin Bersatu menggesa menteri terbabit disingkirkan dari parti, lapor Malaysiakini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman, berkata sepanjang tempoh berkempen PRN tersebut, bekas Naib Presiden PKR itu tidak dilihat membantu parti barunya itu.

“(Saya) beranggapan satu tindakan serius terhadap Zuraida perlu diambil,” katanya.

Zuraida yang juga bekas Ketua Wanita PKR sebelum ini dikaitkan dengan Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang diasaskan sekumpulan ahli politik dari kalangan bekas pemimpin PKR.

Bekas setiausaha politik Zuraida, Nor Hizwan Ahmad, juga menyertai parti berkenaan, kata laporan itu.

Media sebelum ini turut melaporkan nama Zuraida disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp anggota MPT Bersatu.

Selepas PH dijatuhkan, Zuraida dilantik Muhyiddin untuk terus kekal di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ditukarkan ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, ahli MPT Bersatu itu berkata langkah Zuraida yang dianggap tidak mempedulikan hal Bersatu serta “mengkhianati” parti terbabit perlu dipandang serius.

“Saya berharap pemimpin Bersatu tak memandang ringan hal ini.

“Secara halus, hakikatnya watak ini (Zuraida) tidak bersama dengan perjuangan Bersatu lagi kerana telah mengkhianati parti walaupun tidak dinyatakan secara terang.

“PRN Johor pun dia tidak turun, dia pergi berkempen pun tak ada. Ini bermakna dia bukan bersama PN. Itu sangat ke­tara.

“Zuraida memang tak membantu melainkan kalau dia turun pun atas kuasa dia mewakili kementerian. Kalau parti, memang tidak ada kena-mengena,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat