PRN Johor: BN Tawan Dua Daripada Tiga Kerusi DUN Di Kubu Muhyiddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Daripada tiga kerusi DUN yang disifatkan oleh penyokong Perikatan Nasional (PN) sebagai kubu kuat Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hanya satu sahaja berjaya dipertahankan iaitu DUN Bukit Kepong.

Dua kerusi DUN, Bukit Pasir dan Gambir berjaya di tawan BN masing-masing dengan majoriti 189 undi dan 3,146 undi. Pada PRU14 lalu, Bukit Pasir dimenangi PAS.

Bukit Kepong dan Bukit Pasir, kedua-dua berada dalam Parlimen Pagoh yang diwakili Muhyiddin, manakala DUN Gambir (Parlimen Ledang) merupakan kerusi yang dimenangi Pengerusi Bersatu itu dalam PRU14 sewaktu bersama Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, DUN Serom (Parlimen Ledang) yang berjiran dengan Parlimen Pagoh dan dimenangi PH menerusi Amanah dalam PRU14 turut ditawan BN yang memenangi kerusi itu dengan majoriti 696 undi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat