10 Exco Johor Selesai Angkat Sumpah Di Istana Bukit Serene

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Exco yang mengangkat sumpah ialah Datuk Zahari Sarip (Buloh Kasap), Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor (Bukit Permai), K. Raven Kumar (Tenggaroh), Khairin Nisa Ismail (Serom), Mohd . Hairi Mad Shah (Larkin) dan Mohd. Fared Mohd. Khalid (Semerah).

Turut mengangkat sumpah ialah Ling Tian Soon (Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh), Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir) dan Norliza Noh (Johor Lama).

Majlis istiadat pelantikan berkenaan berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene di sini, sebentar tadi.

Berangkat sama ke istiadat berkenaan ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga ADUN Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 pada 15 Mac lalu.

Beliau dijangka mengadakan sidang akhbar berkenaan pelantikan barisan Exco baharu tersebut pada tengah hari ini di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Saujana, di sini. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat