PAS Nafi Tolak Tanding Empat Kerusi DUN Johor Yang Ditawarkan UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA – PAS Johor menafikan telah menolak tawaran bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditawarkan oleh UMNO kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin, berkata dakwaan yang mengatakan PAS menolak tawaran itu kerana lebih tertarik dengan peluang bertanding di 15 kerusi DUN yang ditawarkan Bersatu juga tidak benar.

“Kenyataan ini merujuk kepada video yang tular di mana Ketua UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad mempersoalkan kejujuran PAS dalam Muafakat Nasional (MN) apabila menolak tawaran empat kerusi daripada Umno dan lebih tertarik kepada tawaran 15 kerusi daripada Bersatu.

“Sebagai rakan dalam Muafakat MN, PAS Johor sentiasa berlapang dada dan terbuka untuk terus komited dengan usaha memperkukuhkan pemuafakatan ini,” katanya, menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Abdullah lagi, PAS Johor menyeru dan berharap apa jua isu berbangkit akan dibincangkan secara ukhuwah melalui perundingan demi kebaikan hubungan dua parti itu terus terjaga.

Beliau berkata, pendekatan itu penting bagi mengelakkan berlakunya salah faham serta mencegah andaian dan laporan mengelirukan di media sosial.

Terdahulu, semalam Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata rundingan dengan UMNO gagal menemui titik persefahaman kerana hanya ditawarkan bertanding di empat kerusi DUN sahaja.

“PAS menghormati pendirian UMNO (dan BN) untuk bergerak solo. Bagi PAS, kami sudah hulurkan salam muafakat dan penyatuan ummah.

“Menawarkan empat dari 56 kerusi itu, saya fikir bukan cara baik,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Untuk rekod, pada PRU14 tahun 2018, PAS bertanding di 40 kerusi DUN dan hanya menang di satu kerusi iaitu DUN Bukit Pasir.

Pada PRN Melaka tahun lalu, PAS menolak tawaran UMNO supaya bertanding di tiga hingga lima kerusi DUN dengan logo sendiri (bulan), sebaliknya parti itu memilih untuk bertanding di lapan kerusi DUN dengan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat