PAS pilih bersama PN di Melaka kerana tak ekstrem, anggap BN banyak kelemahan – Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Apabila dacing (simbol BN) dah lama, ada kelemahan-kelemahan dia. (Justeru) kita kena buat perubahan… kita ubah buat PN (iaitu) satu perikatan baru mengumpulkan parti-parti yang tidak ekstrem, yang boleh bersatu, boleh kerjasama dan kita cuba bertanding di Melaka apabila ada peluang di Melaka,” kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu menjelaskan, parti Islam yang dipimpinnya menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama Perikatan Nasional (PN) untuk membawa pembaharuan di Melaka.

Memetik sejarah politik negara bermula dari Parti Perikatan berlambang kapar layar, Abdul Hadi bercakap bagaimana kemudian BN ditubuhkan pada puluhan tahun silam.

Katanya selepas sekian lama didapati BN memiliki pelbagai kelemahan dan berpendapat pembaharuan perlu dilaksanakan dan kerana itu tertubuh pula PN dengan mengetepikan “parti-parti ekstrem”.

Gabungan berkenaan, kata timbalan presiden PN itu lagi, mahu menolak “parti ekstrem” berkenaan dengan dengan menawarkan pembaharuan di Melaka.

“PAS, Bersatu dan Gerakan, kita bertanding atas satu simbol untuk menolak parti ekstrem, untuk membuat satu perubahan pendekatan pakatan baru.

“Satu pembaharuan mesti dilakukan. Kalau rakyat Melaka nak buat pembaharuan, pilihlah PN,” katanya.

Abdul Hadi berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di majlis Pentas PRN Melaka Bersama Pimpinan yang diadakan di Shah Alam malam tadi.

Turut hadir Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Gerakan, Dominic Lau. Ia turut disiarkan secara langsung melalui Facebook.

Menurut Abdul Hadi, Muhyiddin tidak meminta untuk dilantik sebagai perdana menteri dan ia menganggapnya sebagai suatu adab yang terpuji.

Namun selepas itu katanya ada pihak yang membuat kacau sehingga mengancam kedudukan ahli parlimen Pagoh itu.

“Demi nak selamat (kerajaan) kita buat perubahan. Tan Sri (Muhyiddin) sanggup letak jawatan perdana menteri. Bukan mudah nak letak jawatan perdana menteri.

“(Selepas itu) terima perdana menteri baru. Terima dengan tenang. Selepas berlaku (pertukaran di peringkat) persekutuan, berlaku pula di Melaka… jatuhkan kerajaan sendiri.

“Ini sesuatu yang tidak bermoral,” katanya memetik Malaysiakini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat