CAB – MATA Jalin Kerjasama Teknologi Dron Di Dalam Bidang Pertanian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Syarikat CAB Cakaran Corp BHD hari ini memaklumkan telah menandatangani usahasama dengan syarikat berkaitan teknologi dron, MATA Aerotech Sdn Bhd untuk melaksanakan aktiviti penyemburan menggunakan dron bagi sektor kelapa sawit di Semenanjung Malaysia, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempelbagaikan aliran perniagaannya.

Menerusi pemaklumannya kepada bursa, CAB Cakaran berkata, syarikat mereka akan bertanggungjawab untuk menyediakan sokongan operasi, sumber manusia, pelaporan kewangan dan menyemak prestasi keseluruhan syarikat usahasama ini.

“Manakala Syarikat MATA Aerotech pula berperanan untuk bertanggungjawab di dalam aspek jualan dan pemasaran perniagaan dron, pemindahan kepakaran pengurusan, kemahiran dan pengetahuan teknikal untuk teknologi dron,” katanya.

CAB berkata prestasi kewangannya bergantung kepada bahagian ternakan bersepadunya, terutamanya dalam industri ayam pedaging, pembuatan dan pengedaran produk berasaskan daging.

Menurutnya prestasi kewangan kumpulan itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah merosot berikutan harga jualan ayam daging yang rendah serta berhadapan dengan peningkatan harga makanan ayam di pasaran.

“Pelaksanaan usahasama dengan MATA untuk perniagaan drone,memberikan peluang kepada kumpulan CAB Group untuk menceburi bidang penyediaan perkhidmatan berkaitan dron di dalam sektor pertanian dan sekaligus dapat mewujudkan pendatan tambahan dan aliran pendapatan bagi kumpulan,” katanya.

Oleh itu, kumpulan itu berpendapat keuntungan bersih yang boleh dihasilkan dengan perniagaan dron ini boleh menyumbang lebih daripada 25% kepada jumlah keuntungan bersihnya pada masa hadapan dan turut bercadang mempelbagaikan lagi aktiviti teras yang sedia ada untuk memasukkan penyediaan perkhidmatan berkaitan dron untuk sektor pertanian.

CAB merancang untuk membiayai syarikat usahasama ini dengan menggunakan dana dalaman, yang mana sumbangan modal maksimumnya telah ditetapkan pada RM8 juta untuk membiayai perbelanjaan modal permulaan dan modal kerja.

Cadangan usaha sama dan kepelbagaian perniagaan itu dijangka dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat