MN Memang Nyawa-Nyawa Ikan, Puncanya Sikap Segelintir Pemimpin PAS – Khairuddin

- Advertisement -

SEREMBAN – Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerjasama parti itu dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) kini berada dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’, bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, kenyataan Ahmad Zahid tersebut merupakan realiti hubungan yang sedang berlaku di antara kedua-dua parti.

“Memang realitinya MN kini nyawa-nyawa ikan kerana respon antara kedua-dua pihak tidak berlaku, mesyuarat rasmi (MN) sudah lama tidak berlangsung, sejak sebelum saya keluar lagi.

“UMNO telah beberapa kali mohon untuk dibuat mesyuarat tetapi tidak dibuat. Sekarang baharu ada usaha untuk menghidupkan balik, maka tidak pelik sekiranya Ahmad Zahid menyatakan MN tinggal nyawa-nyawa ikan,” katanya.

Beliau yang merupakan Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi Fasa 2 di Pantai, di sini hari ini.

Sebelum ini Ahmad Zahid menyifatkan MN dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ dan soal masa depan kerjasama itu sewajarnya dibincangkan di peringkat jawatankuasa kedua-dua parti untuk diputuskan.

Sementara itu, Mohd. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berpandangan, MN ketika ini jelas sukar diselamatkan dan ia berpunca daripada sikap segelintir kepemimpinan termasuk Pas.

“Bagi saya (MN) amat sukar untuk diselamatkan, kerana sikap. Contohnya walaupun dua tiga pimpinan Pas menyebut mahu lagi MN tetapi mahu MN itu dalam kurungan (erti kata lain) tidak mahu bersama Ahmad Zahid, hanya mahu UMNO, badan tanpa kepala, itu realiti.

“Kenyataan pula, kenyataan yang tidak menggambarkan untuk berpakat, di atas mengajak pakat tetapi di bawah menyerang, jadi tidak kemana,” katanya lagi.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu menambah, walaupun MN dilihat sukar untuk diselamatkan, tetapi masih ada ruang untuk melihat kerjasama di antara Pas dan UMNO terutama berkaitan rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Pandangan saya, walau apa juga yang berlaku dengan MN, ruang yang masih ada adalah berkaitan rundingan kerusi. Di kerusi-kerusi yang mana dimiliki oleh Pakatan Harapan (PH), kalau berlaku tiga penjuru, belum pasti siapa yang akan menang.

“Bagi mengelakkan masalah itu maka amat sesuai untuk berunding, jadi saya menyeru untuk UMNO dan Pas berunding untuk kerusi-kerusi tersebut.

“Saya sendiri sebagai orang yang memperjuangkan kesatuan umat ini, saya katakan ruangnya masih ada untuk rundingan kerusi, supaya kita sentiasa ada ruang-ruang untuk bekerjasama. Tidak boleh kita membakar jambatan untuk politik ini, setiap ruang itu kita kena buka,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat