HAWANA 2022 Kembalikan Kredibiliti dan Penghormatan Kewartawanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Di samping Hari Wartawan Nasional dan sebagainya, yang paling penting ialah kita kena bawa kembali kredibiliti dan penghormatan orang kepada dunia kewartawanan itu sendiri,” kata Datuk Hussamuddin Yaacub.

Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf itu berkata, sambutan HAWANA yang akan diadakan kali ini diharap mampu mengembalikan nilai wartawan yang sebenar, profesional, bermaruah serta berintegriti.

“Dalam masa 10 tahun terakhir ini kewartawan ini telah ‘dilacurkan’. Jadi orang hilang rasa hormat. Dengan adanya HAWANA ini, kita kembali memberi nilai yang sepatutnya ada pada wartawan.

“Seorang wartawan perlu ada tanggungjawab untuk memastikan apa saja yang nak ditulis mengikut proses dan apa kesannya apabila berita atau artikel itu keluar adakah ia memberi kesan kepada masyarakat.

“HAWANA mengembalikan wartawan yang sebenar, yang profesional, bermaruah dan berintegriti,” katanya melalui wawancara atas talian (Zoom) dalam program ‘Malaysia Petang Ini’ di Bernama TV hari ini.

Ditanya mengenai pandangan terhadap isu ‘berita palsu’ di negara ini, beliau menegaskan, setiap wartawan perlu menulis dengan berpegang kepada kepercayaan dan agamanya.

Jelasnya ini penting bagi seseorang wartawan agar lebih bertanggungjawab terhadap penulisan berita yang ditulis selain memberi impak yang baik kepada masyarakat umum.

“Kerja wartawan mesti memberi inspirasi kepada orang lain. Peranan wartawan perlu berasaskan kepercayaan dan agama. Kita tak boleh buat berita palsu, kena periksa fakta.

“Seseorang wartawan perlu berfikir kerja wartawan boleh bawa dia ke syurga atau tidak. Dalam penulisan dia, boleh membantu masyarakat kepada lebih baik termasuk pemimpin,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai dunia kewartawanan, beliau berkata industri penyiaran hari ini dilihat bergerak pantas dengan adanya media digital.

Oleh itu, beliau meminta agar setiap wartawan sentiasa menjaga etika bagi memperkukuh dan meningkatkan lagi ekosistem kewartawanan yang telah sedia ada.

“Dahulu kewartawanan hanya ada di organisasi media sahaja. Media yang dilesenkan. Datangnya era digital, tiba tiba semua orang boleh jadi wartawan, semua orang ada media sendiri. Itu menyebabkan kejutan yang besar kepda dunia kewartawanan.

“Sekarang dalam ekosistem media, seorang wartawan sebelum dia jadi wartawan dia menerima latihan secara formal di universiti, kolej dan sebagainya.

“Dalam 5 ke 6 tahun kebelakangan ini dunia media bergelombang dan bergolak secara besar. Tetapi jika apa yang bergelombang mesti ada tempoh tenang dia. Jadi saya tengok dalam setahun dua ini sudah mula tenang,” katanya.

Untuk rekod, Melaka akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang akan berlangsung pada 29 Mei ini.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan menjadi penganjur bagi HAWANA berkenaan dengan sokongan daripada Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat