Wang bukti hilang, ketegasan SPRM siasat pegawai kanan sendiri wajar dipuji

- Advertisement -

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga pegawai kanannya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan wajar dipuji. Ini menunjukkan suruhanjaya tersebut tidak pilih kasih dalam melakukan siasatan walaupun kepada pegawai kanan sendiri.

Semalam SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan ketiga-tiga pegawai terbabit telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 hingga 19 September ini.

Mereka direman bagi siasatan kehilangan sebahagian barang bukti berupa wang tunai bernilai RM 25 juta (AS$6juta) yang dirampas dari Datuk Hasanah Abd Hamid, bekas Ketua Pengarah Perisikan Malaysia, pada Ogos 2018.

Ada kritikan dan serangan mengapa SPRM hanya membuat kenyataan media setelah tahanan reman tersebut dibocorkan oleh sebuah blog. Namun dari sudut SPRM, mengeluarkan kenyataan media terhadap sesuatu yang masih dalam siasatan mereka bukanlah amalan kecuali ditanya oleh pemberita.

Sudah tentu SPRM tidak teruja untuk menyebar luas siasatan membabitkan pegawai kananya nya kerana ia bukan sahaja menjatuhkan moral anggota tetapi juga akan menimbulkan pelbagai syak wasangka umum.

SPRM mengambil pendekatan berhemah tidak membesarkan isu ini kepada media kerana ia masih dalam siasatan dan belum terbukti ada kes untuk pendakwaan.

Namun tindakan SPRM membawa pegawai-pegawai terbabit ke mahkamah untuk mendapat perintah tahanan reman menunjukkan ia tidak berhasrat menutup atau ‘cover-up’ isu ini. Siasatan dan tahanan reman telah dibuat sebelum kes ini muncul ke pengetahuan umum lagi.

Ketelusan SPRM tidak perlu dipersoalkan kerana ini bukan kali pertama pegawai SPRM disiasat atau berhadapan tindakan undang-undang. Terbaharu  pada Jun lalu, seorang pegawai SPRM,Shahrul Izuan Mohd Zain, 41 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan rasuah berjumlah RM100,000.

SPRM akan sentiasa menjadi mangsa kritikan dan serangan ahli politik kerana pelbagai agenda. Namun suruhanjaya ini perlu sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar kepada keadilan bukannya kehendak orang politik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat