BERSAMA enggan runding kerusi dengan Amanah, pilih dapatkan kuasa secara solo

KUALA LUMPUR – Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) secara terbuka menolak rundingan dengan parti Amanah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BERSAMA tegas dengan prinsipnya untuk tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana parti dalam usaha mendapatkan kuasa.

“Kan BERSAMA dah cakap, BERSAMA tak nak dengan sesiapapun.

“Sebab BERSAMA membawa agenda politik baharu..kalah menang itu adat dlm berpolitik dan BERSAMA bukan jenis gila kuasa, tapi kalau Allah takdirkan BERSAMA dapat kuasa secara solo, itu adalah rezeki,” katanya dalam hantaran di Facebook.

BERSAMA berkata demikian sebagai reaksi kepada keterbukaan Amanah untuk berunding dengan BERSAMA yang diterajui bekas pemimpin PKR Rafizi Datuk Seri Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad bagi menghadapi PRN Johor.

“Percaturan Pilihan Raya Negeri Johor (PRN16) semakin menarik apabila Amanah mengesahkan hasrat untuk membuka rundingan dengan BERSAMA.

“Terbukti kemunculan BERSAMA membuatkan parti besar rasa tergugat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat