Exco Wanita PKR dan Pimpinan Johor Umum Keluar Parti, Isytihar Sokong PN

PM Beri Jaminan Cadangan Bantuan JKM RM1,000 Akan Disegerakan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200...

Vaksin Covid-19, Minat Pelabur Dorong Kenaikan Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR - Keyakinan berterusan terhadap vaksin COVID-19 dan minat risiko yang bertambah baik telah membantu Bursa Malaysia ditutup di paras tertingginya dalam tempoh...

Najib Gesa Permudahkan Proses, Pencarum Marah Syarat Ketat i-Sinar KWSP

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mempermudahkan proses pengeluaran skim i-Sinar dari Akaun 1 KWSP susulan kemarahan ramai...

Bekas AG Tuntut Ganti Rugi RM2.3 Juta, Mahathir Nafi Salah Guna Kuasa Pecat Apandi

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan negatif dan membencinya sehingga mendorong kepada penamatan khidmat beliau...

Agong Berkenan Tinjau dan Sertai Operasi SAR

TEMERLOH - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR)...

PETALING JAYA – PKR terus menerima tamparan susulan kemelut yang melanda parti itu, termasuk krisis antara komponen Pakatan Harapan (PH), dan kali ini sayap wanitanya bagi negeri Johor pula mengumumkan keluar parti.

Keputusan keluar parti itu diketuai naib ketua Wanita PKR Johor, Nor Ashidah Ibrahim bersama beberapa lagi pimpinan wanita negeri itu.

Selain Nor Ashidah, turut mengumumkan keluar parti ialah, bendahari Wanita PKR Johor, Siti Noraini Md Jani serta kira-kira 30 pimpinan peringkat bahagian.

Pemimpin sayap Wanita PKR Johor menunjukkan surat keluar parti pada sidang media di Johor Bahru hari ini.

Ashidah yang juga merupakan exco Wanita PKR Pusat turut melepaskan semua jawatan yang disandang selain memaklumkan bahawa mereka hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti yang diketuai Anwar Ibrahim sebagai presiden.

Kumpulan itu juga berang berhubung tindakan yang dikenakan ke atas pemimpin utama Wanita PKR yang memenangi pemilihan parti, termasuk ketua sayap di peringkat pusat dan negeri.

“Keputusan dibuat setelah hilang kepercayaan kepada tampuk pimpinan PKR dengan mengambil kira contoh tindakan pengantungan ketua Wanita pusat, Haniza Talha dengan alasan tidak munasabah.

“Perkara sama berlaku kepada ketua Wanita PKR Johor, Rahamizon Abdul Ghani dan timbalan ketua Wanita negeri Tan Poh serta teman seperjuangan lain yang dikenakan tindakan pemecatan dan pengantungan tanpa sebab dan dengan alasan tidak berasas,” katanya merujuk kepada Haniza yang digantung dan Rahamizon yang dipecat daripada parti.

Katanya, pimpinan PKR juga sudah lari daripada perjuangan asal, termasuk idealismenya.

“Perjuangan sekarang lebih kepada membawa perpecahan serta gagal menjalankan amanah kepada ahli yang memilih mereka. Ini jelas menunjukkan ia lebih kepada meruntuhkan muafakat yang selama ini dibina,” katanya pada sidang media di Johor Bahru hari ini.

Kumpulan itu juga mengumumkan akan menyertai NGO, Nation Of Women (NOW) yang diketuai Haniza dalam memperjuangkan nasib rakyat, khususnya wanita.

“Buat masa ini saya dan rakan-rakan tidak akan menyertai mana-mana parti politik,”katanya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Rahamizon yang berkata, mereka muak dengan permainan politik pucuk pimpinan PKR dan PH.

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai ahli PKR di negeri itu akan keluar parti.

“Di Mersing 50 umum keluar parti dan ia bertambah. Sekarang dalam 300 orang di kawasan Parlimen itu, dan jumlah yang sama di setiap kawasan Parlimen lain,” katanya sambil memaklumkan bahawa kumpulan itu memutuskan untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

“Jika kerajaan hari ini mengutamakan kepentingan rakyat dan banyak manfaat rakyat dapat, kita akan sokong,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Vaksin Covid-19, Minat Pelabur Dorong Kenaikan Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR - Keyakinan berterusan terhadap vaksin COVID-19 dan minat risiko yang bertambah baik telah membantu Bursa Malaysia ditutup di paras tertingginya dalam tempoh...

Bekas AG Tuntut Ganti Rugi RM2.3 Juta, Mahathir Nafi Salah Guna Kuasa Pecat Apandi

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan negatif dan membencinya sehingga mendorong kepada penamatan khidmat beliau...

Agong Berkenan Tinjau dan Sertai Operasi SAR

TEMERLOH - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR)...