Akhirnya Pulih Selepas 92 Hari Dirawat Di Hospital Kerana Covid-19

- Advertisement -

Seorang pesakit Covid-19 meluahkan rasa gembira selepas akhirnya dibenarkan pulang ke rumah selepas berada di hospital selama 92 hari.

Steve White yang berusia 65 tahun dilaporkan merupakan pesakit Covid-19 paling lama di Britain.

Bapa dua anak itu nyaris maut selepas dia mempunyai peluang tipis untuk hidup.

Bagaimanapun, anak-anaknya merayu kepada doktor supaya memberikan tempoh beberapa hari lagi untuk bapa mereka bergantung pada ventilator (bantuan penafasan).

Steve dimasukkan ke hospital pada 19 Mac, empat hari sebelum perintah berkurung dilaksanakan, dan discaj serta dibenarkan pulang ke rumah pada Khamis lalu.

“Saya ingin memberi harapan kepada mereka yang sakit dengan Covid-19 dan keluarga mereka. Jangan putus asa untuk berjuang,” katanya.

Pada pertengahan April lalu, doktor memberitahu keluarga Steve bahawa dia hanya mempunyai beberapa jam untuk hidup.

Dia bagaimanapun memberi reaksi selepas anak-anaknya dalam keadaan penuh emosi semasa dia sedang koma.

Steve berada di unit rawatan rapi (ICU) selama 67 hari, dan sepanjang tempoh itu, 63 hari dia bergantung kepada ventilator. – Mirror

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat