Lazimi Tikar Sejadah, Mufti Perlis Sindir Mahathir?

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengingatkan “seseorang” agar tidak terus mengejar dunia di saat usia semakin lanjut.

Beliau berkata individu berkenaan perlu sedar dan mendekatkan diri kepada Allah.

“Maka, sudah-sudahlah di penghujung usia. Sehingga bila ingin merebut nama di dunia fana!

“Berhentilah! Lazimilah tikar sejadah,” coretnya di Instagram semalam.

Kiriman yang disertakan gambar tulang-belulang dinosaur mengajak pengikutnya berfikir hikmah kepupusan haiwan berkenaan.

“Dinosour dikatakan telah pupus. Itu pun jika benar, satu rahmat Allah yang besar buat manusia.

“Andainya usia dinosour dipanjangkan sehingga kini, mungkin akan mengundang banyak masalah kepada kita.

“Manusia apabila usia lanjut tanpa ketakwaan, mungkin mengundang banyak masalah kepada manusia lain,” katanya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, nama rata-rata pengikut Asri mendakwa kiasan tersebut merujuk kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mereka mendakwa kenyataan Mohd Asri itu merujuk kepada hasrat Mahathir untuk menjadi perdana menteri buat kali ketiga di usia 95 tahun atas alasan mahu menyelamatkan Malaysia.

Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menolak cadangan supaya Mahathir dipilih sebagai perdana menteri selama enam bulan sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seterusnya Mohd Asri turut memuatkan doa Saidina Umar al-Khattab ketika pulang dari menunaikan haji.

Doa berkenaan bermaksud:

“Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang-belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat