Bekas Ahli Parlimen PKR Dedah PH Fitnah Najib, UMNO Rompak RM19 Bilion

- Advertisement -

Apakah benar RM 19 billion wang kutipan GST telah dicuri?

(Ini) antara perkara yang menyebabkan saya tidak gembira dan bagi saya ia tidak baik untuk negara.

Sebenarnya wang tersebut (kutipan GST RM 19 billion) tidak pernah dirompak oleh UMNO atau Najib. Wang tersebut telah digunakan oleh kerajaan dengan bukti rekod yang elok.

Saya telah memberitahu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), ketika saya menganggotai jawatankuasa tersebut, supaya bercakap benar.

Tetapi YB Wong Chen (PKR), menyuruh saya ikut saja dan berkata, “Biar DAP uruskan perkara ini”. Kita kena menyokong kerajaan yang sedang memerintah.

Saya bertegas dan beritahu anggota di PAC, bahawa apa yang diperkatakan mereka adalah tidak benar. Kita mempunyai tanggungjawab berkata benar.

Saya katakan kepada mereka ketika prosiding PAC, “apa peranan kita di sini sekiranya apa yang kita katakan tidak benar” (boleh rujuk hansard PAC). 2 minggu selepas itu, saya telah digugurkan dari PAC.

Saya tidak menyesal digugurkan dari PAC kerana jawatan tersebut bukan ada gaji atau imbuhan tambahan lain.

Tetapi saya paling kesal kerana kami (termasuk saya pada ketika itu) datang dari parti reformasi yang memperjuangkan keadilan, menentang kleptokrasi, bercakap tentang ketelusan dan akauntabiliti akan tetapi kita tidak amalkan apa yang kita perkatakan.

Sekarang saya boleh beritahu kepada semua kerana perkara ini tidak lagi di kenakan embargo.

Willie Mongin
Bekas Ahli Jawatankuasa PAC
Ahli Parlimen Puncak Borneo (Ex-PKR now PPBM)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat