16 Jangkitan Baru Covid-19, Sembilan Kes Libatkan Pekerja Asing dan PATI – KKM

Hujan lebat bertembung air laut pasang, punca banjir di Terengganu malam tadi

KUALA LUMPUR: Taburan hujan tinggi yang bertembung kemuncak fenomena air pasang, menyebabkan beberapa kawasan rendah berhampiran pantai di Terengganu mula dinaiki air, malam tadi. Ketua...

Pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula 7 Disember

KOTA KINABALU: Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu akan dibuka semula secara berperingkat bermula Isnin depan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata ia...

Konsert ketiga SFMM35 pada 15 Disember ini

KUALA LUMPUR: Konsert ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-35 (SFMM35) akan bersiaran pada 15 Disember ini. Penerbit Eksekutif SFMM35, Nurhul Huda Khalid​ mengesahkan konsert ketiga...

Sasar audiens baharu

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengedar kandungan program serta filem terbesar di Malaysia, Primeworks Studios (PWS) mengumumkan projek kolaborasi bersama perkhidmatan penstriman video, platform OTT...

Tiga siri RTX 3060 Ti diperkenalkan

Jenama pengeluar kelas permainan terkemuka, MSI hari ini mengumumkan barisan kad grafik baharu mereka menggunakan rekaan RTX 3060 Ti yang menawarkan kuasa prestasi mengatasi...

PUTRAJAYA – Kes baharu COVID-19 di negara ini kekal merekodkan dua digit dengan 16 kes dikesan setakat pukul 12 tengah hari, pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, tiga kes adalah kes import melibatkan dua rakyat tempatan.

Katanya, daripada 13 kes penularan tempatan, sembilan kes adalah bukan warganegara manakala selebihnya warga Malaysia.

“Kes kematian kekal dengan 121 kes apabila tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Dengan jumlah terbaharu itu, kata Dr. Noor Hisham, jumlah kes kumulatif virus berkenaan di negara ini adalah sebanyak 8,572 kes.

Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah 295 kes.

Kes jangkitan dalam negara (sembilan kes) dalam kalangan bukan warganegara adalah seperti berikut:

• Selangor: Dua kes kontak rapat kepada kes positif COVID19 (kes ke-8,513). Kesemua mereka adalah daripada kluster Syarikat Pembersihan.

• Negeri Sembilan: Enam kes daripada kluster Pedas.

• Sabah: Satu kes daripada saringan tahanan di Pusat Tahanan Sementara Tawau sebelum penghantaran pulang ke Indonesia.

Kes penularan COVID-19 dalam negara dalam kalangan rakyat Malaysia (empat kes) pula adalah seperti berikut:

• Sarawak: Dua kes merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8,535). Kedua-dua mereka adalah daripada kluster Kidurong.

• Melaka: Satu kes daripada saringan orang kena tuduh (OKT) yang baru dimasukkan ke lokap.

• Johor: Satu kes saringan pra pembedahan di hospital.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Hujan lebat bertembung air laut pasang, punca banjir di Terengganu malam tadi

KUALA LUMPUR: Taburan hujan tinggi yang bertembung kemuncak fenomena air pasang, menyebabkan beberapa kawasan rendah berhampiran pantai di Terengganu mula dinaiki air, malam tadi. Ketua...

Pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula 7 Disember

KOTA KINABALU: Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu akan dibuka semula secara berperingkat bermula Isnin depan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata ia...

Kedah Jumpa Mineral RM60 bilion

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Kedah meluluskan permit kepada sebuah syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Lumpur bagi meneroka mineral di negeri tersebut yang...